• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Mekanisma penetapan harga minyak dibawa ke Kabinet

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mekanisma bagi melaksanakan sistem apungan atau harga lantai bagi petrol dan diesel akan dibawa ke kabinet sebelum diputuskan.

Setakat ini, katanya keputusan mengenai mekanisma berkenaan belum diputus lagi walaupun Majlis Ekonomi Negara bermesyuarat di Bangunan Parlimen hari ini.

“Belum lagi. kita akan membawanya ke kabinet bagi dibincangkan dengan lebih lanjut,” kata Abdullah kepada pemberita selepas membentangkan rang undang-undang kerajaan di Dewan Rakyat di sini.

Pada 3 Disember lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter, di mana petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter daripada RM2 seliter dan RON92 kepada RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter manakala diesel dijual pada harga RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter.

Ini merupakan kali ke-enam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos.

Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November. -Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: