• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

PAC serah laporan pembelian Eurocopter pada semua Ahli Parlimen

Laporan mengenai cadangan pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar telah diserahkan kepada semua Anggota Parlimen Khamis lepas untuk penilaian mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid.

“Terpulang kepada Anggota Parlimen sama ada untuk membahaskan dan membuat kesimpulan masing-masing.

“Kita sudah menjalankan penelitian terhadap perkara berikut mengikut prosedur dan laporan itu dibuat secara verbatim,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di sini hari ini.

Beliau berkata laporan berhubung pembelian Bank Antarabangsa Indonesia oleh Maybank Berhad juga akan diserahkan kepada Anggota Parlimen dalam masa terdekat.

Berhubung isu Pempena Sdn Bhd, Azmi berkata pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan dan maklumat akan hanya dapat diperolehi pada akhir Disember apabila Laporan Audit Negara siap sepenuhnya.

“Buat masa ini, tiada butiran terperinci yang diperolehi. Kami tidak mahu membuat sebarang kesimpulan pada masa ini. Cuma yang kita dapat sekarang ini, adalah laporan dari PriceWaterhouseCoopers, firma audit yang dipilih Kementerian Pelancongan untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Pempena merupakan antara anak syarikat Tourism Malaysia yang didakwa terlibat dalam projek pelaburan yang diragui. -Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: