• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Sidang khas DUN Perak, 3 Mac 2009

TERKINI: Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mempersoalkan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , V. Sivakumar telah memperoleh perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar DUN 3 Mac ini.

Petang tadi, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam reaksi segera daripada para Exco, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.

“Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.

“Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Teruskan membaca

Kenaikan tol ditangguh bukan kerana pilihanraya kecil

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya yang sepatutnya berkuatkuasa Ahad ini sehingga akhir tahun ini, tidak ada kena mengena dengan tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Tidak, tidak,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada ada keputusan yang dibuat kabinet hari ini ada kena mengena dengan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang akan diadakan serentak pada 7 April ini serta bagi kerusi DUN Batang Ai di Sarawak, yang tarikh belum ditetapkan.

Abdullah, yang bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asean ke-14 di sini, berkata kerajaan sedia menampung bebanan melebihi RM500 juta bagi membayar pampasan kepada pemegangpemegang konsesi sematamata kerana memahami beban yang perlu ditanggung oleh rakyat dalam keadaan ekonomi yang muram sekarang.

Mengenai cadangan supaya kerajaan mengambil alih syarikatsyarikat konsesi lebuh raya, Perdana Menteri berkata ia perlu dikaji dengan teliti kerana kosnya amat tinggi sedangkan kerajaan juga perlu berbelanja untuk tujuan lain.

“Ini (pampasan) amat memberatkan kerajaan sebenarnya. Samasamalah kita memahami…apabila kita menghadapi masalah, kita kenalah juga berkorban,” katanya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengumumkan di Kuala Lumpur bahawa kabinet hari ini menangguhkan kenaikan kadar tol itu kerana keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang dan bantahan daripada orang ramai.

Berikutan itu, kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM195 juta kepada PLUS, RM36 juta kepada Sprint, RM27 juta kepada Akleh, RM9 juta kepada Besraya dan RM20 juta kepada NPE untuk tempoh masa 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini, di samping RM245 juta yang telahpun dibayar kepada PLUS, Akleh dan Sprint sebelum ini.

Abdullah berkata beliau telah menghubungi Datuk Seri Najib Tun Razak semalam untuk meminta agar kabinet membincangkan semula perkara itu kerana kenaikan itu “tidak secocok dengan rancangan kerajaan untuk membantu rakyat melalui pakej rangsangan”.

“Kita sekarang dalam waktu membantu rakyat dan kenaikan tol nampaknya menimbulkan tentangan yang kuat dan ramai orang tidak bersetuju.

“Ketika perbincangan Kabinet dua minggu lepas, satu cadangan (kenaikan) dibuat pada waktu situasi ekonomi kita tidak seberat yang kita hadapi hari ini…kalau ekonomi kita berat, adalah paling wajar cadangan kenaikan itu dibincang semula,” katanya.

Sementara itu, di PUTRAJAYA, Kabinet hari ini memutuskan kadar baru tol di lima lebuh raya yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya.

Beliau berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya petang ini berkata kerajaan akan menangguhkan kadar baru di Lebuhraya UtaraSelatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sehingga akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500,000 juta, yang terdiri daripada wang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai perkara itu pada sidang akhbar mengenai ekonomi negara di Kementerian Kewangan di sini.

Rakyat bantah Tol Naik: PM sedia runding semula

Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya – yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini – kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya hari ini.

“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

“Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini semalam.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata. walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

“Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Abdullah berkata, sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

“Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini,” kata beliau.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata, bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.

Isu PPSMI: Pak Samad Sedia guna platfom Umno jika diberi peluang

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said bersedia menggunakan platform Umno dalam memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya diberi peluang berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang andaian bahawa beliau diperalat pembangkang kerana setakat ini hanya PAS yang memberikannya peluang memperjuangkan isu berkenaan.

“Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi pentasnya, saya akan meminjamnya (untuk memperjuangkan isu PPSMI) dan kalau Umno memberikan pentasnya, saya juga akan gunakannya.

“Ini semata-mata, saya tidak mahu bahasa saya (Melayu) itu dikucupkan, tidak mahu dinazak dan dikuburkan,” katanya kepada pemberita di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini semalam.

Sidang media itu diadakan sempena kempen anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI di Terengganu, bagi menghimpunkan 100,000 rakyat dari seluruh negara bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac ini.

Mengulas lanjut, Samad berkata beliau bimbang dalam tempoh 50 tahun akan datang, Bahasa Melayu akan terhakis sekiranya tidak dipertahankan daripada sekarang.

Beliau berkata sebelum ini, Umno bersikap “garang” kerana 65 tokoh akademik telah menyatakan pendirian dan pandangan mereka terhadap isu berkenaan tetapi tidak diterimanya.

“Beberapa rancangan untuk bersemuka dengan jujur dan waras juga tidak diterima. Fikiran dan pandangan daripada budayawan juga tidak diambilkira,” katanya.

Samad berkata beliau melihat semua “jalan” untuk membincangkan perkara itu seolaholah sudah tertutup dan beliau terpaksa menggunakan platform pembangkang bagi menyatakan pendiriannya berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau sanggup hilang gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI.

“Apa gelaran pun sebenarnya untuk sementara. Bagi saya, itu tidak menjadi soal, sebab yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang sasterawan untuk melestarikan bahasa saya,” katanya.

JK Khas ditubuh siasat aduan Karpal

Kecoh ... Pemuda Umno cuba menahan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari memasuki Parlimen

Kecoh ... Pemuda Umno cuba menahan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari memasuki Parlimen

Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai perbuatan menghina dewan semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Pengerusi, dan timbalannya Datuk Dr Ronald Kiandee selaku Timbalan Pengerusi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), katanya semasa membentangkan usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini,semalam.

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Penubuhan jawatankuasa itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 80A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, iaitu majlis mengambil ketetapan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor,” katanya.

Terdahulu, Pandikar Amin menolak usul yang dikemukakan Karpal yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat mengeluarkan waran tangkap bagi menahan dua individu yang terlibat menghalang beliau memasuki bangunan Parlimen petang tadi mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P).

Karpal memohon supaya waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Mat Salleh serta Ketua Pemuda Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin, dan kedua-dua mereka perlu dihadapkan ke dewan bagi memberi tunjuk sebab kenapa mereka tidak patut dipenjarakan menurut Seksyen 11 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Beliau membangkitkan perkara itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(P) yang bersabit dengan hak istimewa Ahli Parlimen di mana tiada notis diperlukan, serta Seksyen 9 dan 11 Akta Majlis Parlimen memandangkan kejadian itu berlaku di perkarangan Parlimen hari ini di mana beliau diserang oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno apabila sampai ke blok menara untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Pada pukul 3 petang semalam, sekumpulan 15 anggota Pemuda Umno Selangor menghalang Pengerusi DAP itu daripada memasuki bangunan Parlimen dengan menuntut Karpal supaya memohon maaf kerana mendakwa Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya.

Peristiwa itu menimbulkan suasana tegang selama 15 minit apabila berlaku cabar mencabar antara anggota Pemuda Umno dengan beberapa anggota Parlimen DAP termasuk anak Karpal, Gobind Singh Deo, yang juga anggota Parlimen Puchong.

Pandikar Amin berkata usul mengikut Peraturan Mesyuarat 80A lebih sesuai dikemukakan dan beliau sudahpun menerima notis daripada Mohamed Nazri berhubung perkara itu.

“Saya sebagai Speaker telah memikirkan soal ini dan saya terpaksa ambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku. Keputusan saya ini muktamad. Ruling (ketetapan) yang diminta (menurut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P)) adalah tidak berkenaan.

“Ini kerana saya tidak boleh keluarkan waran tangkap terhadap orang yang belum dibicarakan. Bagi saya tidak boleh ikut kerana dalam fikiran saya Peraturan Mesyuarat 80A sesuai, itu pendapat saya dan ia muktamad,” katanya.

Mohamed Nazri yang ditemui pemberita di Lobi Parlimen berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin sebelum persidangan Parlimen berakhir.

“Mereka akan bermesyuarat secepat mungkin, (dan) apabila mereka bermesyuarat, mereka akan membuat keputusan yang akan dibentangkan dalam persidangan Dewan sekali lagi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada jawatankuasa itu akan berbincang seperti inkuiri awam, Mohamed Nazri berkata:

“Mereka akan melakukan apa jua yang perlu dilakukan, termasuk memanggil pihak yang terbabit (termasuk) polis. Selepas itu, mereka perlu membuat keputusan.”

Beliau berkata Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk memberi hukuman denda maksimum RM1,000 jika inidividu yang terbabit didapati bersalah.

Anwar kecam sikap biadap

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadap dan ganas yang dilakukan Pemuda Umno terhadap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Pintu lif Blok Utara (Menara), perkarangan Banguna Parlimen semalam.

Bergaduh, saling tuduh menuduh antara Ahli Parlimen dengan Pemuda Umno...

Bergaduh, saling tuduh menuduh antara Ahli Parlimen dengan Pemuda Umno...

Beliau berkata adalah tidak wajar menjadikan keganasan dengan mengugut Ahli Parlimen kerana sebagai satu permulaan dikhuatiri budaya tersebut akan berkembang jika tidak ditangani segera.

“Kita tidak boleh mengizinkan budaya keras dan biadap mengugut Ahli-Ahli Parlimen dilakukan sewenang-wenangnya apatah lagi di kawasan Parlimen.

“Ini merupakan kemuncak kebiadapan, Hari ini mereka rasa giliran Ahli Parlimen Bukit Gelugor, kita tidak tahu mungkin esok hari kita,” kata beliau pada sidang media di Lobi Parlimen.

MP PAS Pokok Sena: Najib punca istana diheret ke kancah politik

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

“Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.

“Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan ‘rampasan kuasa’ di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan.

Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.

“Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri?

“Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri,” katanya.

Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.