• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

MP BN kesal Menteri dan Timbalan Menteri tidak ikuti Perbahasan Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan kehadiran wakil kerajaan pada sidang Dewan Rakyat apabila hanya seorang timbalan menteri yang mengikuti sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan ketidakhadiran menteri-menteri Kabinet kesal melihat keadaan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa perbahasan tersebut tidak penting kepada para menteri.

Katanya, mereka sepatutnya memberi keutamaan untuk mendengar ucapan Ahli Parlimen yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang merupakan satu amanat penting.

”Hanya seorang timbalan menteri yang hadir mengikuti perbahasan sedangkan kita berucap menjunjung kasih dan membahaskan titah Tuanku. Ini soal penting. Adakah ucapan ini tidak penting?,” soalnya ketika mencelah ucapan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hanya Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukim yang berada dalam Dewan mengikuti perbahasan ketika itu.

Mohamad berkata, Tuanku Mizan telah menyeru Ahli Parlimen menunjukkan perilaku yang baik dan bersopan namun semasa perbahasan berlangsung, beliau melihat seruan Seri Paduka tidak dipandang serius apabila anggota Kabinet kerajaan ‘ponteng’ pada sesi itu.

Dalam penjelasannya, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) secara sinis berkata, jika Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri tidak dapat hadir kerana sibuk, adalah mustahil jika semua timbalan menteri sibuk.

”Takkan timbalan semuanya sibuk. Kalau begini berhentilah, biar kita ganti. Sepatutnya dengar apa yang wakil rakyat bahaskan, dengarlah rintihan rakyat, duduk dan dengar. Mungkin sebab itulah, bila pilihan raya kita kalah,” katanya.

Keadaan itu membuatkan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengambil peluang mencelah dan menyatakan bahawa kebanyakan menteri tidak hadir kerana mereka akan bertanding jawatan penting dalam parti.

”Kita kena fikir bahawa menteri tidak hadir sebab nak bertanding jawatan penting, perlu turun sana sini maka persidangan ini tidak penting,” katanya.

Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Kuala Terengganu) turut mencelah bahawa disebabkan sikap sedemikian maka BN kehilangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

”Saya rasa kerana menteri tidak hadir maka kami telah hilangkan seorang timbalan menteri, selepas ini, kita akan gagalkan semua menteri pula,” katanya.

Mendengar kata-kata Mohd. Abdul Wahid, Bung Moktar menegur sambil berkata bahawa wakil rakyat tersebut tidak boleh riak dan perlu ingat serta patuh pesanan tok guru.

”Kita jangan riak, kena ikut pesanan tok guru. Kita baru menang, kena bersyukur kerana kemenangan tidak kekal selama-lamanya. Semua ini bersifat sementara,” katanya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: