• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Isu PPSMI: Pak Samad Sedia guna platfom Umno jika diberi peluang

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said bersedia menggunakan platform Umno dalam memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya diberi peluang berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang andaian bahawa beliau diperalat pembangkang kerana setakat ini hanya PAS yang memberikannya peluang memperjuangkan isu berkenaan.

“Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi pentasnya, saya akan meminjamnya (untuk memperjuangkan isu PPSMI) dan kalau Umno memberikan pentasnya, saya juga akan gunakannya.

“Ini semata-mata, saya tidak mahu bahasa saya (Melayu) itu dikucupkan, tidak mahu dinazak dan dikuburkan,” katanya kepada pemberita di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini semalam.

Sidang media itu diadakan sempena kempen anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI di Terengganu, bagi menghimpunkan 100,000 rakyat dari seluruh negara bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac ini.

Mengulas lanjut, Samad berkata beliau bimbang dalam tempoh 50 tahun akan datang, Bahasa Melayu akan terhakis sekiranya tidak dipertahankan daripada sekarang.

Beliau berkata sebelum ini, Umno bersikap “garang” kerana 65 tokoh akademik telah menyatakan pendirian dan pandangan mereka terhadap isu berkenaan tetapi tidak diterimanya.

“Beberapa rancangan untuk bersemuka dengan jujur dan waras juga tidak diterima. Fikiran dan pandangan daripada budayawan juga tidak diambilkira,” katanya.

Samad berkata beliau melihat semua “jalan” untuk membincangkan perkara itu seolaholah sudah tertutup dan beliau terpaksa menggunakan platform pembangkang bagi menyatakan pendiriannya berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau sanggup hilang gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI.

“Apa gelaran pun sebenarnya untuk sementara. Bagi saya, itu tidak menjadi soal, sebab yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang sasterawan untuk melestarikan bahasa saya,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: