• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

JK Khas ditubuh siasat aduan Karpal

Kecoh ... Pemuda Umno cuba menahan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari memasuki Parlimen

Kecoh ... Pemuda Umno cuba menahan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari memasuki Parlimen

Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai perbuatan menghina dewan semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Pengerusi, dan timbalannya Datuk Dr Ronald Kiandee selaku Timbalan Pengerusi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), katanya semasa membentangkan usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini,semalam.

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Penubuhan jawatankuasa itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 80A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, iaitu majlis mengambil ketetapan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor,” katanya.

Terdahulu, Pandikar Amin menolak usul yang dikemukakan Karpal yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat mengeluarkan waran tangkap bagi menahan dua individu yang terlibat menghalang beliau memasuki bangunan Parlimen petang tadi mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P).

Karpal memohon supaya waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Mat Salleh serta Ketua Pemuda Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin, dan kedua-dua mereka perlu dihadapkan ke dewan bagi memberi tunjuk sebab kenapa mereka tidak patut dipenjarakan menurut Seksyen 11 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Beliau membangkitkan perkara itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(P) yang bersabit dengan hak istimewa Ahli Parlimen di mana tiada notis diperlukan, serta Seksyen 9 dan 11 Akta Majlis Parlimen memandangkan kejadian itu berlaku di perkarangan Parlimen hari ini di mana beliau diserang oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno apabila sampai ke blok menara untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Pada pukul 3 petang semalam, sekumpulan 15 anggota Pemuda Umno Selangor menghalang Pengerusi DAP itu daripada memasuki bangunan Parlimen dengan menuntut Karpal supaya memohon maaf kerana mendakwa Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya.

Peristiwa itu menimbulkan suasana tegang selama 15 minit apabila berlaku cabar mencabar antara anggota Pemuda Umno dengan beberapa anggota Parlimen DAP termasuk anak Karpal, Gobind Singh Deo, yang juga anggota Parlimen Puchong.

Pandikar Amin berkata usul mengikut Peraturan Mesyuarat 80A lebih sesuai dikemukakan dan beliau sudahpun menerima notis daripada Mohamed Nazri berhubung perkara itu.

“Saya sebagai Speaker telah memikirkan soal ini dan saya terpaksa ambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku. Keputusan saya ini muktamad. Ruling (ketetapan) yang diminta (menurut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P)) adalah tidak berkenaan.

“Ini kerana saya tidak boleh keluarkan waran tangkap terhadap orang yang belum dibicarakan. Bagi saya tidak boleh ikut kerana dalam fikiran saya Peraturan Mesyuarat 80A sesuai, itu pendapat saya dan ia muktamad,” katanya.

Mohamed Nazri yang ditemui pemberita di Lobi Parlimen berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin sebelum persidangan Parlimen berakhir.

“Mereka akan bermesyuarat secepat mungkin, (dan) apabila mereka bermesyuarat, mereka akan membuat keputusan yang akan dibentangkan dalam persidangan Dewan sekali lagi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada jawatankuasa itu akan berbincang seperti inkuiri awam, Mohamed Nazri berkata:

“Mereka akan melakukan apa jua yang perlu dilakukan, termasuk memanggil pihak yang terbabit (termasuk) polis. Selepas itu, mereka perlu membuat keputusan.”

Beliau berkata Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk memberi hukuman denda maksimum RM1,000 jika inidividu yang terbabit didapati bersalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: