• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

KDN perlu beri penjelasan terperinci-Mahfuz

SHAH ALAM – Pas meminta kerajaan memperjelaskan dengan lebih terperinci dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Ketua Penerangan Pas, Dato’ Mahfuz Omar berkata, semua pihak terutama kerjaan perlu merujuk kepada fatwa sama ada penggunaan itu dibenarkan atau tidak.

“Semua pihak berkaitan perlu duduk semeja dan berunding kerana pendirian setiap individu berbeza. Oleh itu Kabinet, Majlis Fatwa serta Jemaah Menteri mesti ada satu pendirian berhubung isu ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pula melihat perkataan ini dari dua aspek iaitu aspek agama dan politik.

Menurutnya, dari segi agama, perkataan ‘Allah’ ia tidak eksklusif kepada orang Islam sahaja kerana dalam Bahasa Arab, ‘Allah’ bermaksud Tuhan.

“Saya tidak mengatakan saya bersetuju atau tidak tetapi apa yang dibimbangi masyarakat akan terkeliru terutamanya generasi yang sedang meningkat remaja dan dewasa,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang beliau persoalkan, adakah ia keputusan politik atau agama.

“Mengapa mereka tetap hendak menggunakan perkataan ‘Allah’ sedang mereka tahu orang Islam menggunakannya dan kenapa tidak menterjemahkan perkataan ‘God’ kepada ‘Tuhan’?” katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh mengawal undang-undang semata-mata sedangkan pendidikan agama terutamanya dari segi akidah tidak mantap.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mahu keputusan tersebut dikaji semula sekiranya dibuat tanpa merujuk kepada pakar agama atau Majlis Fatwa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: