• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Perkataan ‘Allah’ boleh digunakan agama lain

Dimaksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan

KOTA BHARU – Perkataan ‘Allah’ boleh digunakan oleh masyarakat agama lain kerana di zaman jahiliah mereka menggunakan perkataan itu yang di maksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu terserah kepada Kerajaan Pusat membuat keputusan kerana beliau enggan mencampurinya dan enggan memberikan komen lanjut.

“Saya tidak mahu campur isu ini kerana dalam akhbar kenyataan tidak menentu. Dulu terjemah ‘God sama dengan ‘Allah’ adalah salah. ‘God’ disamakan tuhan betul tetapi ‘Allah’ disamakan dengan ‘God’ memang tidak betul.

“Dalam al-Quran pernah disebut perangai orang Mekah zaman jahiliah yang menyembah tokong dan berhala sebagai tuhan tetapi jika ditanya siapa yang mencipta langit dan bumi mereka akan memberikan jawapan ‘Allah’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Al-Quds Travel Sdn Bhd di sini, semalam.

Menurutnya, perkataan ‘Allah’ dari zaman berzaman disebut bermasyarakat bukan Islam dan maknanya golongan itu boleh menggunakan perkataan Allah.

Bagaimanapun, katanya, itu terserah kepada Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan supaya tidak mengelirukan masyarakat kerana beliau tidak suka memberi ulasan isu-isu seumpama itu.

Kelmarin, akhbar melaporkan pewartaan kebenaran penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.

Sehubungan dengan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.

5 Respons

  1. Kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan mengenai pengunaan “Allah” oleh orang bukan islam dalam risalah/akhbar mereka amat mengelirukan orang islam dan mengundang perpecahan di kalangan umat islam di Msia. Saya amat kuatir mengenai implikasinya bila mana anak-anak islam akan terkeliru dan terjejas akidah mereka kerana akan melihat nama tuhan orang islam dan bukan islam sama saja. Jika orang bukan islam buka sekolah atau rumah yang diberi nama sekolah allah atau rumah allah kelak untuk untuk tujuan dakwah ugama berkenaan, bagaimana agaknya penerimaan PAS. Saya merasakan kenyataan YAB tersebut tidak membantu meningkatkan syiar dan martabat islam di Msia. Harap tidak membuat sebarang kenyataan hanya untuk mendapat ‘political milage” bagi PAS dari kalangan orang bukan islam, at the expense of orang islam sendiri.

  2. he.. he.., di Malaysia kata “Allah” ini jadi perkara yah🙂

  3. Cuma ada dua perkara sahaja yang akan saya ketengahkan di sini.

    1) Adakah perkataan ALLAH ini terdapat di dalam kitab suci agama lain di mana kitab suci mereka ini menggunakan bahasa asal kitab itu diturunkan, contohnya adakah perkataan ALLAH ini ada terdapat di dalam kitab suci agama Yahudi atau Kristian yang menggunakan bahasa ‘Hebrew’, iaitu bahasa asal kitab ini. Kalau tiada mengapa perlu menggunakan ALLLAH.
    2) Mengapa perkataan ALLAH ini yang merujuk kepada tuhan digunakan di Indonesia atau Malaysia tetapi tidak digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia seperti di Eropah, USA, Russia? Perkataan ALLAH adalah bahasa Arab, dan ia digunakan oleh orang Melayu Islam, ia tidak digunaka oleh orang Melayu bukan Islam. Orang Melayu bukan Islam sebelum kedatangan Islam, hanya mengenal Tuhan sahaja.

  4. Sila rujuk laporan berikut:

    One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

    Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.

    The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.

    The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.

    “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.

    “If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”

    Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.

    “Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.

    The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.

    In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

    Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

    “When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.

    “So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.

    “If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.

    Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.

  5. Penggunaan kalimah ALLAH perlu dipandang serius.Kini ramai remaja sekarang terjebak dalam perkara yang merosakkan akidah.

    saya bagi situasi yang mungkin tidak mustahil akan berlaku,Apakah yang akan berlaku sekiranya ditanya kepada seseorang remaja yang mempunyai masalah sosial dan berpengetahuan cetek tentang ajaran islam,”Tahukah kamu ajaran agamamu?”
    Remaja itu akan menjawab”ya,saya tahu Allah tuhanku”.sebenarnya bagi pemikiran hamba ini,dia menggunakan konsep ajaran lain kerana memikirkan Tuhan agama islam adalah Allah,maksud nya agama lain yang menggunakan kalimah Allah adalah ajaran yang sama dengan Islam.Hal ini akan menyebabkan terpesongnya akidah seseorang.

    Bagaimana sekiranya situasi diatas benar-benar berlaku.Oleh itu,saya sebagai seorang muslim berharap agar pihak yang berkenaan tidak memandang remeh terhadap penggunaan kalimah Allah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: