• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

“Kita tidak boleh pukul, kemudian runding” -Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan tiga syarat untuk pembangkang bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerjasama boleh diadakan jika kerajaan bersedia mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan penswastaan bekalan air.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menuntut kerajaan menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

“Kita tidak boleh pukul, kemudian runding. Jika nak runding henti kezaliman. Sebagai Muslim, kita sedia bekerjasama. Semalam (kelmarin) makan tengah hari bersama PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

“Di Malaysia, terlalu banyak politik sehingga kerajaan tidak tumpu kepada masalah ekonomi. Sembilan hari Ahli Dewan Negeri (Pakatan Rakyat) hilang, kemudian timbul bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Parlimen, semalam.

Kelmarin, Najib ketika membentangkan rang undang-undang itu mahu semua pihak, termasuk pembangkang sepakat dengan kerajaan untuk bersama-sama memikir serta mencadangkan formula terbaik bagi membantu rakyat ketika krisis ekonomi global.

Anwar berkata, konsesi lebuh raya perlu dikaji semula kerana ketika kerajaan menangguhkan kenaikan tol, pemegang lebuh raya tetap mendapat habuan melalui peruntukan subsidi RM480 juta daripada kerajaan.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan berunding bagi kurangkan kadar tol untuk pengguna dan menjimat perbelanjaan kerajaan.

“Pemegang konsesi tol kelihatan tidak terjejas dan mereka lebih terbela daripada pengguna.

Begitu juga dengan lesen konsesi IPP yang sehingga kini belum selesai, walaupun dijanjikan akan diselesai dalam masa terdekat,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: