• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pejabat Menteri ‘diserbu’, SPRM siasat rasuah politik,seleweng kuasa agih projek

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pangagihan projek kementerian itu.

Ini berikutan serbuan pegawai SPRM ke pejabat Kementerian Pelancongan di Tingkat 36, Menara Dato’ Onn di sini semalam. SPRM merampas sejumlah dokumen dan menyoal siasat beberapa pegawai.

Sumber SPRM berkata, dalam serbuan itu, SPRM Wilayah Persekutuan memberikan tumpuan kepada kes rasuah politik, manakala pegawai Bahagian Risikan ibu pejabat suruhanjaya itu menyiasat dakwaan penyelewengan pengurusan syarikat milik Tourism Malaysia, Pempena Sdn Bhd (Pempena).

Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan dipercayai berhubung amalan politik wang menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.

Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa keluar beberapa dokumen.

Dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan dipercayai dibawa keluar ekoran kunjungan tersebut.

Malah mereka juga menemu bual dua pegawai kanan di pejabat Datuk Azalina Othman yang terletak di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, pegawai-pegawai MACC mengunjungi pejabat tersebut kira-kira 10 pagi tetapi Azalina tiada di pejabat.

Bagaimanapun pegawai pejabat Azalina, SPRM tidak merampas apa-apa dokumen dari pejabat mereka.

Rabu lalu, SPRM menahan pegawai tersebut – setiausaha politik, didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.

Setiausaha Politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi.

Dia telah dibebaskan awal Khamis lalu selepas kenyataannya diambil.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai Azalina menafikan kunjungan MACC ada kaitan dengan isu wang tunai tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pejabat Menteri Pelancongan berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepdada SPRM berhubung isu tersebut.

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap MACC dan yakin bahawa kami akan dibersihkan menerusi siasatan mereka,” katanya.

SPRM tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadap setiausaha politik berkenaan.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, pegawai kanan tersebut harus dibebaskan jika tidak bersalah.

Beliau berpendapat kes tersebut kemungkinan menjejaskan peluang setiausaha politik berkenaan jika bertanding dalam pemilihan Umno pada 26 Mac ini.

“Jika dia tidak melakukan apa-apa kesalahan termasuk dakwaan politik wang, saya berharap dia akan dibebaskan dengan secepat mungkin.

“Kemungkinan dia bertanding… jadi jangan tangguhkan (siasatan),” kata beliau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: