• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

BN tidak akan main “Projek Mee Segera”

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan “politik pembangunan mee segera” apabila menghadapi pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.

“Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk…di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.

Pada majlis itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN mengumumkan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Gantang Ismail Saffian sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang bulan depan.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom dari PAS pada 9 Februari lalu. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April.

“Pendekatan projek “mee segera” seperti projek jalan berturap, membersihkan kawasan atau bermacammacam lagi projek segera setiap kali menjelang pilihan raya perlu diubah…mana yang boleh lulus akan kita lulus,” katanya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: