• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Karpal minta Menteri dengar baik-baik

10 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah jawapan Menteri Di jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Menteri, dengar baik-baik ya apa yang saya nyatakan sekarang ini. [Ketawa] Di antara undang-undang yang boleh dikuatkuasakan mengenai privacy adalah the Minor Offences Act 1955 dan peruntukan mengenai hukuman dalam undang-undang itu adalah seksyen 14, di mana maximum penalty adalah RM100.

Adakah kerajaan bercadang untuk meminda akta ini untuk mengadakan satu hukuman yang serius, yang keras di bawah Penal Code, Kanun Keseksaan ada seksyen 509, di mana ada peruntukan untuk membawa seseorang yang ada disabit mengenai invasion of privacy?

Peruntukan hukuman adalah tidak lebih daripada lima tahun. Undang-undang ini tidak sesuai bagi keadaan yang ada sekarang, di mana sophisticated equipment yang canggih boleh digunakan untuk invasion of privacy. Adakah kerajaan bercadang untuk menentukan ada hukuman-hukuman yang lebih daripada lima tahun sahaja? Barangkali 20 tahun dengan sebatan untuk menentukan tidak ada seseorang yang boleh membuat apa yang dikatakan invasion of privacy. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor dia cakap dengar baik-baik sebab bahasa Malaysia dia teruk betul. Jadi kalau kita tidak dengar betul-betul, kita tidak faham apa dia cakap. [Ketawa] Jadi saya faham. Yang Berhormat lain jangan marah. Bukan dia mengajar saya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya menyatakan itu oleh kerana…
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, bahasa Malaysia dia teruklah.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: .. Yang Berhormat Menteri ini adalah…
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bahasa Malaysia dia teruk. Saya dengar baik-baik dan saya faham.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Menteri baby boy. Oleh itu saya… [Ketawa] Sebab itu saya kena beri amaran.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Boy Speaker, dia sokong boy Speaker di Perak, sebab itu dia kata baby boy, tetapi Yang Berhormat tidak apa, baby boy, I look cute. It’s okay, no problem. [Ketawa] Okey, Yang Berhormat, betul, sebenarnya saya sudah jawab sebentar tadi.

Saya merasakan iaitu kalau kita mengambil tindakan privacy, orang kata mengacau privacy orang, mengguna akta yang disebut memang RM100 pada tahun 1955 merupakan satu jumlah yang besar. Jadi undang-undang ini ia hidup dan saya akan berbincang dengan pihak-pihak yang tertentu supaya kita update.

Memang akhir-akhir ini invasion of privacy, dengan izin, berlaku berleluasa dan orang yang tidak bersalah, privacynya telah pun diceroboh dan kadangkala yang menceroboh itu terlepas. Victimnya selalu yang ada dalam klip dan macam-macam lagi. Saya akan bincang dengan pihak yang tertentu supaya kita melihat balik sama ada hukuman yang dikenakan ini adalah setimpal dengan kesalahan yang pada hari ini sudah menjadi-jadi disabitkan oleh kerana mungkin kalau didapati salah pun RM100.

Bukan saya hendak buat tetapi kalau saya yang buat, saya tidak pergi mahkamah pun saya mengaku salah sudah, bayar RM100. Memang betul. Kita akan berbincang untuk memastikan supaya hukuman akan setimpal dengan perbuatan jenayah
yang disebutkan itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: