• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Tidak perlu Mahkamah Perlembagaan tafsir Krisis Perlembagaan Persekutuan dan Negeri – Nazri

Kerajaan tidak bercadang mewujudkan Mahkamah Perlembagaan memandangkan terdapat peruntukan memadai yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi mengendalikan sesuatu kes yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, semua Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa kes berkaitan tafsiran Perlembagaan Persekutuan atau perlembagaan negeri-negeri.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa kes yang berkaitan atau berbangkit mengenai Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri.

Mohamed Nazri berkata demikian dalam jawapan kepada soalan asal Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim di Dewan Negara di sini hari ini mengenai keperluan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan berdasarkan suasana masa kini dan kedudukan masa depan.

“Rayuan boleh dibuat terhadap kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Mengikut Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan mengenai kuasa menyelesaikan kes yang berkaitan di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Jelas beliau, mengikut Perkara 130 Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa memberi pendapat tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan yang telah berbangkit, atau yang tampak pada Yang di-Pertuan Agong mungkin berbangkit.

“Setelah Yang di-Pertuan Agong merujuk soal tersebut kepada Mahkamah Persekutuan, mahkamah itu hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujuk itu di mahkamah terbuka,” katanya.

Kepada soalan tambahan Ahmad Rusli, Mohamed Nazri menjelaskan, tidak berbangkit soal kurang kepakaran atau kurang hakim mendengar kes perlembagaan kerana terdapat 50 atau 60 hakim Mahkamah Tinggi.

“Kita tidak menghadapi masalah kurang kepakaran dan hakim dalam menentukan soal perlembagaan ini,” katanya.

Soalan asal No. 1 – Dato’ Haji Ahmad Rusli bin Haji Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan berdasarkan suasana masa kini serta kedudukan masa akan datang terhadap keperluan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan.

Satu Respons

  1. JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH PROF DR ALI JUMA’AH

    pada:

    JUMAAT , 10 APRIL 2009

    14 RABIUL AKHIR 1430

    aturcara:

    7.25 : – AZAN & SOLAT MAGHRIB

    – BACAAN RATIB AL-HADDAD

    8.30 : – AZAN & SOLAT ISYAK

    – CERAMAH SS MUFTI MESIR

    – BERSURAI

    di MASJID AL-FALAH USJ 9.

    SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: