• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Tol: Kerajaan tanggung RM286.38 juta pampasan tol

Kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM286.38 juta bayaran pampasan kepada syarikat konsesi akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun bagi lima lebuh raya baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.

“Akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun, mengikut terma-terma dalam perjanjian konsesi, kerajaan terpaksa menanggung sejumlah bayaran pampasan kepada syarikat konsesi terbabit,” katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Februari lepas, Kabinet memutuskan kadar tol di lima lebuh raya yang sepatutnya bermula 1 Mac lepas ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Lima lebuh raya itu adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Yong berkata, kerajaan akan mengkaji penyelesaian jangka panjang di samping mengkaji model kewangan serta implikasi yang akan berbangkit bagi menangani isu kenaikan kadar tol pada masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: