• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Kit Siang: Apa guna Najib jadi PM, Negeri pecah belah

17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kita baru meluluskan mini bajet untuk RM60 bilion, sungguhpun peruntukkan yang dimohon untuk RM10 bilion dan kita sekarang adalah satu permohonan untuk supplementary bajet untuk 2008. Tujuan mini bajet ialah untuk merangsang ekonomi, stimulate economy. Adakah kesan untuk merangsang ekonomi dicapai.

Kita boleh lihat dalam enam hari, satu minggu ini. Apa reaksi negara kita, rakyat kita kepada ekonomi, stimulus pakej yang kedua, kita lihat satu indicator, satu penunjuk ialah KLSE.

Semenjak 10 Mac, pengumuman Economic Stimulus Package, KLSE indicator jatuh, tidak naik jatuh, tidak berhenti jatuh. Tiap-tiap hari jatuh. Itulah satu tanda bahawa tidak ada keyakinan masyarakat kita terhadap dasar ekonomi Kerajaan Barisan Nasional dan kepada Economic Stimulus Package dan itu sebab sangat mustahak bahawa kita menangani isu ini.

Oleh kerana akhirnya elemen yang terpenting sekali untuk dasar ekonomi ialah boleh dapat
kepercayaan, keyakinan orang ramai dan negara mengenai ketelusan, kecekapan, komitmen serta keadilan kerajaan ini.

Ini elemen yang hilang langsung sekarang selepas satu tahun. Pagi ini saya dengan rakan-rakan kita di Pakatan Rakyat, Ahli-ahli Parlimen ada di Session Court Kuala Lumpur, di mana Yang Berhormat Bukit Gelugor adalah diheret di mahkamah, didakwa atas tuduhan hasutan. Saya tidak mahu bincang mengenai dakwaan itu, tetapi bagaimana kita boleh mendapat kepercayaan orang ramai bahawa Kerajaan Barisan Nasional sangat komited untuk menggemblengkan tenaga rakyat, perpaduan rakyat untuk menghadapi economic crisis?

Apabila pucuk pimpinan Barisan Nasional lebih berminat untuk bermain politik sehingga been addictive politics sehingga Yang Berhormat Bukit Gelugor diheret di mahkamah atas tuduhan hasutan. Apabila yang dia kata ialah sangat basic dalam undang-undang di negara kita, bahawa dalam undang-undang kita seorang raja bolehlah dibawa ke mahkamah dalam peranan rasmi dan peranan peribadi. Ini sangat jelas tidak ada sesiapa yang akan mempertikaikannya.

Di sini sebagai contoh Syed Saleem Faruqi, Professor, dalam satu rencana, ada 2 perenggan yang saya mahu petik sahaja. Dengan izin, legal turmoil over Perak defection reflection on the law by Syed Saleem Faruqi. Dia kata: “From day one of Merdeka, the King and the Sultans were open to civil suit for their official actions. They only immune personally. In 1993 even the personal immunity was taken away.” Oleh siapa? UMNO.

UMNO pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1993 taken away by UMNO leaders. “In sum it is not a violation of the Constitution to resort to the courts to seek an authoritative opinion on one’s rights and duties. Where else does one go, what else does one do, if one have a claim?”

Inilah sangat jelas dan kenapa, oleh kerana Yang Berhormat Bukit Gelugor menerangkan kedudukan undang-undang dan Perlembagaan, legal basis. Sekarang dia diheret di mahkamah, inilah political motivated persecution, inilah malicious persecution, inilah selective persecution. Oleh kerana apa?

Peguam Negara sepatutnya memberi sebab, kenapa beliau menyalahgunakan kuasa beliau so discretions untuk menentukan mengenai sama ada menggunakan kuasa di bawah Perlembagaan untuk buat pendakwaan? Kenapa?

Kenapa dalam satu kes yang begitu simple and straight forward, beliau rela untuk digunakan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab dalam UMNO supaya dalam UMNO assembly minggu depan boleh menjadi hero khasnya Yang Berhormat Pekan yang akan membawa peralihan kuasa yang berlaku menunjukkan dia seorang perwira dan hero yang boleh menggunakan tactic, ambil tough tactics terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapa?

Ini agenda politik. Peguam Negara tidak patutlah terlibat. Peguam Negara seorang profesional, adalah tidak patut tunduk kepada agenda politik apa-apa parti atau sesiapa dalam kerajaan, tetapi dalam perkara Yang Berhormat Bukit Gelugor sangat jelas, inilah di mana Attorney General (AG) rela menjadikan alat-alat UMNO dalam agenda politik.

Oleh kerana di bawah Akta Hasutan, setiap pendakwaan Akta Hasutan perlulah mendapat consent daripada Peguam Negara. Tidak patutlah ada satu sistem di mana Peguam Negara adalah dalam Dewan yang mulia ini bertanggungjawab kepada Dewan ini dan memberitahu kenapa, atas apa sebab beliau rela buat keputusan yang tidak boleh dipertahankan dan menjatuhkan bukan sahaja jawatan Peguam Negara, menjatuhkan rule of system pentadbiran keadilan, system of justice, administration of justice pun the rule of law.

Nampaknya ini satu lagi contoh yang menunjukkan dengan kedatangan masa, di mana Yang Berhormat Pekan akan ambil alih sebagai Perdana Menteri ke-6, ini menandakan kedatangan the coming of zaman gelap baru, the new dark age di Malaysia. Adakah ini kita akan dapat melihat the new dark age di Malaysia di mana demokrasi, di mana kebebasan, di mana the rule of law lagi akan menjadi mangsa oleh kuasa-kuasa yang autokratik, kuasa yang kejam?

Yang di negara kita ada melihat 20 tahun dahulu, kita harap kita keluar daripada zaman gelap itu tetapi nampaknya kita balik. Ini sangat intim dengan masalah bolehkah kita dapat satu kepercayaan, confidence rakyat kepada kerajaan dan dasar-dasar kerajaan termasuk Economic Stimulus Package yang kita ada.

Saya harap bahawa ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang akan menjadi Perdana Menteri minggu depan, 2 minggu lagi akan ambil perhatian. Janganlah mengabaikan masa depan negara ini oleh kerana kepentingan politik sendiri. Apa guna beliau menjadi Perdana Menteri kalau negeri pecah belah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Mohon penjelasan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur meletakkan setinggi harapan kepada bakal Perdana Menteri untuk menyelesaikan apa yang telah beliau kemukakan mengenai beberapa kepincangan terutamanya dalam judiciary yang membawa kepada selective prosecution seperti yang kita dengar tadi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Ipoh Timur, apakah Yang Berhormat Ipoh Timur serius mengharapkan bakal Perdana Menteri ini dapat menyelesaikan masalah atau tidakkah Yang Berhormat Ipoh Timur merasa dengan izin, he is part of the problem? Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Hoping against hope, kalau dia part of solution yang terus menjadi part of the problem, bukan part of the problem, the problem, masa depan Negara kita bukan sahaja mencabar, sangat gelap dan kita tidak ada apa-apa harapan bahawa kita boleh adakan satu economic package, yang kedua, yang ketiga. Di mana negara kita boleh berjaya dengan berkesan menghadapi krisis ekonomi negara kita dan bahawa negara kita, rakyat boleh bersatu-padu.

Dan kita boleh bersaing dengan dunia. Dalam kes macam Yang Berhormat Bukit Gelugor, apakah hasutan di sana? Bekas hakim Court of Appeal N.H. Chan pun ada beri pandangan. The Sultan has no power to ask Nizar to quit. Itulah, bukan ini menjadi hasutan. Adakah former justice N.H Chan pun akan diheret ke mahkamah oleh sebab tulis rencana itu “the Sultan has no power to ask Nizar to quit “ dan sebab itu bersabit dengan Akta Hasutan atau oleh kerana dekat dengan 100 laporan polis dibuat oleh UMNO Youth and UMNO ini menjadi sebab yang cukup di mana satu perkara yang bukan hasut menjadi ke hasutan untuk mewujudkan suasana.

Sebab itu saya harap kita boleh dapat penjelasan daripada Peguam Negara dalam perkara ini dan ini bukan sahaja satu contoh di mana the rule of law adalah merosot dalam masa terbaru ini. Kes di Perak constitutional crisis kita lihat bagaimana keputusan mahkamah nampaknya sangat jelas tidak boleh diterima oleh sesiapa. Against all common sense di mana seorang Speaker dinafikan hak untuk dapat representation dipaksa, dinafikan the right of choice the council of choice yang sangat basic.

Sungguhpun ini adalah direverse oleh mahkamah Court of Appeal. Akan tetapi perkara semacam ini kenapa boleh berlaku?

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya ingin bertanya Yang Berhormat tentang laporan sebuah akhbar Perancis, yang melaporkan Timbalan Perdana Menteri, terlibat dengan kes Altantuya itu. Itu yang dilaporkan. Tidakkah Yang Berhormat Ipoh Timur merasakan kerajaan patut mengambil satu tindakan keras membantah laporan ini dan juga mungkin memanggil Duta Perancis ataupun melakukan sesuatu tindakan untuk membantah satu fitnah ke atas Timbalan Perdana Menteri yang akan menjadi Perdana Menteri dalam masa beberapa hari lagi? Apa pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya setuju. Sebenarnya inilah antara sebab kenapa ada muncul satu krisis keyakinan di negara kita? Krisis keyakinan yang kita bukan sahaja cara tidak respons kepada laporan dalam Liberation yang ada mengaitkan pemimpinpemimpin kita dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu, tetapi pun cara Yang Berhormat Puchong digantung untuk satu tahun, kangaroo court proceeding. Namun lebih mustahaknya di mana Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang bakal Perdana Menteri, sikap beliau respons beliau kepada begitu banyak isu yang penting yang menyoalkan peranan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu, termasuk dalam Liberation.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Saya ingin dapat penjelasan dari Yang Berhormat Ipoh Timur. Kenapa ada inconsistency dengan izin di antara kes yang berlaku kepada Yang Berhormat Puchong di mana hujahan beliau telah diambil tindakan, tetapi Kementerian Luar Negeri kita tidak berani mengambil satu pendirian yang tegas terhadap Perancis. Di mana pernah berlaku, dahulu kita masih ingat Menteri Kewangan kita Tun Daim yang sudah bersara ambil tindakan terhadap akhbar asing yang menuduh bahawa projek-projek ini telah dibagi kepada kroni beliau.

Kita lihat juga tindakan yang tegas terhadap negara Denmark yang menggunakan kartun berunsur menghina kepada agama rasmi negara kita. Kami agak tidak memahami kenapa Timbalan Perdana Menteri mengambil satu sikap yang berdiam diri terhadap Perancis. Padahal kita berterusan dengan urusan dengan Perancis. Beli lebih banyak senjata lagi. Kita terus akan tidak langsung juga menafikan laporan yang telah dibuat dalam Liberation ini. Saya mohon penjelasan dari Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya. Inilah satu antara isu yang menimbulkan persoalan sama ada bakal Perdana Menteri kita boleh command kepercayaan rakyat. Oleh sebab isu yang begitu pokok kerajaan beliau tidak rela untuk ambil pendirian yang tegas khasnya dengan laporan Liberation dan pun isu-isu yang didengarkan dan ada bangkit sama ada mengenai testimoni-testimoni yang ada dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu. Beliau patut pun menjawab sama ada exchange SMS yang beliau ada terlibat, sama ada mengenai status statutory declaration private investigator Balasubramaniam yang sudah hilang.

Sama ada mengenai testimoni adalah satu fotograf tiga orang dalam fotograf termasuk rakan Altantuya dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan semua. Dia patut ada memberi jaminan kenapa beliau tetap rela untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin kalau tulisan beliau adalah defamation. Semua ini dan rekod imigresen yang hilang satu senarai yang panjang dan sebab itu commission, defense hardware of France dan lain-lain itulah kenapa kita tidak ada keyakinan orang ramai terhadap bakal Perdana Menteri kita.

Dalam perkara ini apa yang mustahak beliau patutlah membersihkan nama beliau sendiri, untuk kebaikan beliau, untuk kebaikan negara. Kita mahu seorang Perdana Menteri kita semua tidak kira apa-apa parti boleh hormat, boleh sokong, boleh rasa bangga apabila keluar negara. Bukan oleh sebab hunter-hunter dog begitu banyak tuduhan-tuduhan dan soalan-soalan dan sepatutnya beliau patutlah adakan satu Royal Commission and Inquiry dengan sukarela mengadakan satu Royal Commission and Inquiry untuk membersihkan nama beliau dalam semua tuduhan, soalan-soalan yang timbul yang menunjukkan bahawa beliau ialah innocent, innocent of all allegations. Kalau begitu barulah boleh memulakan sebagai Perdana Menteri yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Ini satu sebab ada krisis keyakinan dan adakah ini sebabnya? Oleh sebab mencegah untuk mencegah keadaan ini tidak mahu kebenaran timbul barulah satu new dark edge di mana tindakan draconian, ada digunakan dirancang dan sehingga kita melihat bukan sahaja tidak ada kembalikan kepercayaan mengani rule of law sistem kehakiman. Sekarang kita ada seorang kali pertama adalah Ketua Hakim UMNO dan begitu kes terlibat dengan kepentingan UMNO sekarang sudah bangkit. Adakah kita perlu kepercayaan?

Adakah kita percaya sungguhpun Ketua Hakim UMNO kata bahawa dia tidak akan terlibat kes-kes yang mengenai UMNO tetapi kita tahu bahawa selection pemilihan hakim atau kuorum-kuorum mahkamah dalam tangan beliau pun. Dia pun boleh mempengaruhi dan sebab itu inilah menampakkan masalah krisis keyakinan di negara kita. Mengenai korupsi, hari ini kita dapat laporan bahawa UMNO Discipline Commitee adalah buat keputusan bahawa calon untuk Deputy Timbalan Presiden, Ketua Menteri Melaka dilarang daripada ambil bahagian oleh kerana penglibatan beliau dalam money politic.

Yang pertama, dan bahawa amaran diberi kepada Yang Berhormat Rembau yang akan bertanding sebagai calon Ketua UMNO Youth dan bahawa lagi seorang calon Ketua Pembangkang Selangor, Dato Seri Khir Toyo tidaklah dibersihkan. Kita tahu masalah korupsi di negara kita. Bukan sekali sahaja, pemimpin-pemimpin UMNO ini lebih teruk apabila dibandingkan dengan masa lampau. Sini adalah… [Telefon berbunyi] …Adalah satu interview yang boleh…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya sudah padamkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Siapa yang ada handphone pulak, buatkan dia dalam silent mode.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Siapa yang call banyak kali saya pun tidak tahu lah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Silent mode.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya. Ada silent mode. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai MACC sendiri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz. [Membaca keratan akhbar]

“How is money politics in UMNO election still stamp around. It is quite rampant except the ages gone underground. Why do you think members gone to MACC rather than the UMNO Displinary Board. As far as I’m concerned the only shows that things are getting worse, actually there are two reasons. One is…”

Saya skip, yang ini tidak bersangkut-paut. Apa yang saya maksudkan di sini ialah… [Membaca keratan akhbar] “Actually a corrupt act cannot be settled at the party Disciplinary Board at level. As it is not an offence just against UMNO. They can be sorted out internally. It goes beyond UMNO. It is an offence against the state. So, nothing can stop MACC from coming in because all this complaints are made by UMNO members”.

Keputusan mengenai money politics sama ada melibatkan Ketua Menteri Melaka atau Yang Berhormat Rembau. Ini bukan sahaja perkara dalaman. These are also acts of corruption yang patut disiasat dan tindakan diambil oleh MACC. Kalau seorang tidak had rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya apabila boleh terus menjadi Ketua Menteri Melaka. [Tepuk] Kalau dia begitu corrupt sehingga tidak boleh bertanding dalam UMNO bolehkah beliau terus menjadi Ketua Menteri Melaka? Kalau seorang yang boleh diberi amaran oleh kerana money politics, yang menunjukkan bahawa ada terlibat dalam money politics bolehkah beliau terus menjadi Ahli Parlimen Rembau dalam Dewan yang mulia ini?
Beberapa Ahli: Tidak boleh.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita tahu bahawa these are not just a few cases. UMNO is a wash with corruption. A wash with corruption! Dalam satu artikel Oktober lalu, dalam main stream media, bukan alternative media, bukan internet media, main stream media in New Straits Times. UMNO control. Yang ada laporkan bahawa bulan November untuk election UMNO ini adalah satu estimation atau anggaran, mungkin sudah dibelanjakan RM250 juta, itu November.

Sampai sekarang mungkin dua kali, tiga kali atau lebih. Mana orang yang kata a wash with corruption. Mana orang yang ditangkap yang tindakan diambil terhadap mereka. Kita ada MACC yang kata akan mahu mencontohi Hong Kong ICAC, the Independent Commission Against Corruption yang tidak kira sesiapa, without fear or favor tetapi mana, MACC adakah berwibawa? Yang berkesan, berjaya untuk menangkap sesiapa yang terlibat dalam corruption dalam UMNO party elections.

Dahulu dalam tahun 2004, dilaporkan bahawa seorang yang mahu bertanding dan berjaya dipilih sebagai Ketua Bahagian UMNO perlulah belanja. Perlulah belanja RM1 ribu hingga RM2 ribu atau RM1 juta hingga RM2 juta. Sekarang sudah berapa orang calon dalam UMNO, UMNO elections sama ada UMNO atau UMNO Wanita, Pemuda, Putera atau Puteri dekat 300 orang. Berapa wang, beratus juta ringgit. Baru berapa orang sahaja. Mana itu MACC?

Tidak lama dahulu kata bahawa dapat 90 laporan dan sebahagiannya sudah dihantar balik kepada UMNO oleh sebab tidak ada satu kes money politik. Sungguhpun selepas itu ada berapa penangkapan. Akan tetapi kalau kita serius, kalau money politics dan UMNO begitu serius yang diketahui dan diakui semua dan di sini ada satu laporan yang kita perlu minat satu artikel, Crunch Time for Voter Buyers. Puteri UMNO candidates was going to Kedah to meet some delegates were confused when she received a text message asking sekolah kebangsaan atau sekolah Inggeris. After asking around, she found out that sekolah kebangsaan or ‘SK’ for shot means ‘salam kosong’ which literally translated to empty handshake meaning no money.

Bahasa Inggeris or ‘SI’ stands for salam isi or handshake with contents meaning there is money. Later she learned that delegates were also using other discrete term like ‘satu tiang’ for one hundred. Dua tiang for two hundred and tiang seri, seribu, for one thousand to demand for cash in ex-change for votes. Money politics is not new in UMNO elections. It’s just been around for at least two decades but what members are saying is it keeps getting worse. Now it is the worst of all.

Kalau begitu, kalau mahu tindakan membersihkan korupsi bermula dengan UMNO dan bukan seorang Ketua Menteri Melaka dilarang tetapi mungkinlah separuh calon-calon UMNO perlu diambil tindakan dan kita mahu lihat mungkin beratus atau beribu orang diheret ke mahkamah, dibawa ke mahkamah oleh kerana money politics. Adakah ini berlaku? Ini tidak berlaku. Kalau begitu siapa percaya bahawa perubahan reformasi mengenai anti rasuah boleh berkesan sehingga sekarang kita lihat bahawa inilah yang menjadi lagi satu alat UMNO sahaja dimana MACC digunakan untuk harass Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat di Perak kerana krisis Perlembagaan di Perak.

Sebenarnya tidak ada bersangkut paut dengan korupsi. Bagaimana Speaker Dewan Undangan Negeri Perak terlibat dalam korupsi. Di mana dan bagaimana anggota Committee of Privileges Dewan Undangan Negeri Perak terlibat dalam rasuah sungguhpun apa yang mereka buat adalah ambil tindakan dan keputusan yang mengikut jurisdiction mereka, bidang kuasa mereka.

Akan tetapi MACC digunakan supaya untuk harass mereka. Kata bahawa mereka abuse of power. Kalau ada abuse of power, ini patut ditentukan dan diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri dan bukan oleh pihak MACC atau oleh pihak polis. Inilah salah guna kuasa. Kalau kita lihat ini di mana MACC, di mana pihak polis, di mana sistem kehakiman, di mana Suruhanjaya Pilihan Raya, semua ada digunakan baru-baru ini untuk UMNO supaya bolehlah dapat faedah politik itu. Rakyat tidak ada kepercayaan bahawa kita ada satu kerajaan atau satu pucuk pimpinan yang adil dan dalam masa ekonomi krisis ini boleh menjadi satu magnet perpaduan dan pucuk pimpinan itu.

Baru-baru ini kita lihat dalam EPF, EPF satu contoh yang baik. Kenapa sampai sekarang EPF baru dapat mengumunkan dividen 16 Mac 2009. Tahun lalu bila dividen diumumkan? Januari, oleh sebab election, untuk election barulah tarikh boleh ditukarkan dan faedah pun boleh diubah. Kenapa tahun ini 4.5% sungguhpun dapat income yang terbesar dalam sejarah EPF dan ada lagi satu sistem akauntabiliti di mana semua contributor EPF mempunyai peranan untuk membuat keputusan mengenai pelaburan dan dasar masa depan EPF semua tidak ada. Semua ini digunakan untuk kepentingan golongan tertentu termasuk tahun lalu di mana RM5 bilion EPF digunakan untuk prop up ValueCap.

Di sini saya berharap semua ini patut diambil kira supaya negara kita boleh bersatu padu. Begitu mustahak untuk masalah-masalah yang boleh menjadi halangan besar terhadap keyakinan orang ramai boleh diatasi. Antaranya ialah selesaikan krisis politik di Perak. Cara yang terbaik untuk selesaikan krisis politik di Perak ialah dengan mengembalikan mandat kepada rakyat, pengundi-pengundi di Perak untuk memilih kerajaan yang mereka suka. Return mandate to people supaya ada election di Perak. Kenapa Barisan Nasional dan UMNO takut sama ada siapa menang.

Di Pakatan Rakyat, kita rela menerima hakikat, kalau kita kalah juga kita akan terima. Sekurang-kurangnya kita menyelesaikan satu masalah besar yang menunjukkan bahawa pucuk pimpinan di bawah bakal Perdana Menteri tidak fair kepada semua rakyat Malaysia. Akhirnya, saya baru mendapat satu e-mail yang menunjukkan cara kegagalan kerajaan untuk respons kepada masalah rakyat yang mahu…

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: …Negara kita bersatu-padu. Saya pernah bangkitkan di dalam Dewan ini tentang Biro Tatanegara di mana Biro Tatanegara tidak menyatupadukan rakyat. Akan tetapi dalam program-program Biro Tatanegara adalah meracuni fikiran dan memecahbelahkan rakyat. Di sini ada seorang peserta yang baru selesai menjalani kursus Biro Tatanegara dan beliau sangat marah mengenai kursus itu dan dengan izin, inilah e-mail beliau.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat, beri laluan atau tidak?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Siapa itu?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jasin.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya baca ini dahulu, ini dari seorang yang ada menyertai kursus BTN baru-baru ini. Here are the massages yang disebar dalam kursus BTN. “Kontrak sosial mengenai kerakyatan dan keistimewaan orang Melayu. In fact non-Malay should appreciate and cannot expect more. They used Malay tolerance us and also terhutang budi terhadap mereka. Keduanya, the country is not safe after 2008, the government is not strong enough to maintain the safety. The opposition is creating chaos in the country. They give a lot of examples. If we continue like this, it might explode another 513, a war in Malaysia like in Iraq. It shows pictures and videos and of Iraq. Therefore we need to vote BN for the peace.”

Dalam Kursus BTN. “Three, to protect Islam and Malay’s special rights, Malays have to bersatu-padu untuk ketuanan Melayu”.

Dalam satu kurus mana ada semua rakyat yang berlainan kaum. “Keempat, Indian and Chinese contribute nothing to this country and it’s just non-Malays who want to join the Pakatan, that time when we back for that. Throughout the course they are only emphasized on Malay contribution and said nothing on non-Malays. Kelima, the perpaduan means ketuanan Melayu and never sama rata because they said this is according to social contracts. They conducted every facts on Chinese, Malays and Indians and not mentioning Malaysia. Six, the great opposition is a spy from America and going to attack Malaysia soon.”

Yang Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini ada menyebut slogan “One Malaysia” satu Malaysia. Inilah BTN bukan satu Malaysia, satu Malaysia yang berpecah-belah, yang divided, bukan satu Malaysia dan saya berharap bahawa perkara ini tidak akan timbul.

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sebelum itu saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ipoh Timur ini berucap ada atau tidak hubung kait dengan apa yang kita bincangkan pada ketika ini iaitu Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2008. Beliau tidak ada kena-mengena dengan tajuk Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2008 bahkan beliau melilau ke sana dan melilau ke mari. Apa yang saya hendak sebut sini, beliau telah membuat tuduhan mengenai
Yang Berhormat Ketua Menteri Negeri Melaka yang terlibat dengan rasuah. Sebenarnya kalau kita tidak tahu tentang perkara ini, jangan bercakap. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan
parti DAP bahkan…
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Nanti dahulu, biar saya cakap dahulu. Sebenarnya kalau saya hendak sebut tentang parti DAP, saya datang dari Melaka, saya tahu saya boleh sebut…
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Bangun]
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Nanti dahulu, saya belum habis lagi.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini minta penjelasan dan bukannya buat ucapan. Ini salah guna peraturan mesyuarat
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Datuk Seri Ali Rustam sebenarnya hanyalah terlibat dengan etika parti dan bukannya rasuah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini…
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Saya pun boleh sebut tentang DAP Melaka, boleh sebut!
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Nanti boleh bagi. Boleh beri nanti…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat…
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Akan tetapi jangan sebut tentang UMNO!
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ini salah guna peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Tidak ada kena mengena. Sekarang kita bincang tentang Perbelanjaan Mengurus…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukan ini tentang peraturan mesyuarat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Mengapa buat hal yang tidak ada kena mengena?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya mahu satu ruling Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat duduk, teruskan…
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya. Sebelum itu ya…

Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Peranan Biro Tatanegara jelas tidak memberikan faedah positif untuk membangunkan satu negara yang bersatu-padu. Saya baru menerima satu jawapan daripada Menteri berkenaan tentang dengan perbelanjaan keseluruhan Biro Tatanegara dari tahun 2004 hingga 2008. Pada keseluruhannya perbelanjaan dalam lima tahun adalah sekadar RM345 juta. Apakah pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur? Bukankah baik jika sekiranya kita bubarkan Biro Tatanegara ini dan jimatkan wang yang dibelanjakan ini untuk kepentingan rakyat, terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya setuju, patut kita mansuhkan BTN yang merupakan satu propaganda yang meracuni fikiran dan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Akan tetapi Yang Berhormat Jasin nampaknya dia tidak faham peraturan mesyuarat dan tidak tahu mengenai perbahasan dasar dan perbahasan Jawatankuasa. Perbahasan dasar ini ialah di mana apa yang penting, yang ada bersangkut-paut mengenai dasar-dasar kerajaan yang termasuk semua yang saya bangkitkan. Mengenai rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, dia mengatakan ia adalah hal dalaman UMNO, ini silap Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam interview dia sudah mengakui rasuah, money politics dalam UMNO bukan hal dalaman UMNO. Ini hal negara. Oleh kerana korupsi adalah hal negara UMNO tidak boleh kata dia ada hak untuk corrupt. Kita tidak boleh terima bahawa UMNO has a right to corrupt and it’s no business of everybody. I said UMNO corrupts and it is a right of every Malaysian to contempt corruption. Money politics and…

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: …Dan kita tidak boleh terima bahawa…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Ipoh Timur ada…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Apa itu?
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Peraturan mesyuarat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Apa itu? Point of order atau…
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Dengar dahulu, duduk dahulu, saya cakap Peraturan Mesyuarat…
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Okey beri peraturan, beri…

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat, seharusnya sebagai seorang Ahli Yang Berhormat yang cukup senior dalam Dewan ini. Bukan sahaja beliau tahu tentang undang-undang bahkan menghormati…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat…
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita tidak perlu prolog than epilog..
.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Okey, Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina.” Sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, pertamanya beliau telah menuduh seseorang yang tidak dapat mempertahankan dirinya di Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, baik…
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Yang keduanya…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya dah faham 36(12), saya cukup faham 36(12) Yang Berhormat. Jadi kalau nak baca 36(12) itu datang pejabat saya. Tidak ada kena-mengena Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Singkatkan cerita, yang penting sahaja Yang Berhormat…
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Mungkin Yang Berhormat bertanggungjawab mengenai 36(12) The Father of…[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, semenjak ini Yang Berhormat, saya jadi pakar…

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: You are the father of the system, patut dimansuhkan. [Ketawa] Saya rasa kita perlulah tegaskan di sini yang pertama saya kata bahawa Ketua Menteri Melaka adalah terlibat dalam corruption. Ini dikatakan oleh UMNO disiplin komuniti sehingga dia dilarang daripada bertanding di dalam UMNO. Ini kenyataan, tidak boleh lari dan kalau dia begitu corrupt sehingga tidak boleh contest dalam UMNO bagaimana dia boleh terus menjadi Ketua Menteri?

Kalau Yang Berhormat Jasin adalah berwibawa, ada prinsip dia patut berdiri dan menyuruh bahawa Ketua Menteri letak jawatan. Itu yang patut diadakan.

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Jadi yang saya sebut tadi, hujah-hujah beliau ini ada tidak hubung kait dengan apa yang kita bincangkan sekarang? Ada tidak hubung kait? Memang betul. Saya minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua membuat tafsiran sama ada hujah yang dikeluarkan ini ada hubung kait dengan perkara yang kita bincangkan sekarang. Ada hubung kait kah tidak?

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, ada. Ada korupsi. Apa guna supplementary work kalau korupsi bermaharajalela dalam negara kita.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Kalau tidak ada hubung kait patut Yang Berhormat ini tidak boleh dibenarkan berucap.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Jasin jangan mempersoalkan soalan saya Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Yang Berhormat Jasin mahu tunjuk…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jangan persoalkan apa yang saya tahu Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mencelah sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Hulu Terengganu pun saya hendak dengar apa benda itu.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Tadi telah dituduhkan bahawa Ketua Menteri Melaka telah melakukan rasuah tetapi dalam soal ini saya dapati bahawa belum lagi disabitkan di mahkamah. Apa yang jelasnya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun disabitkan dengan kesalahan, sudah pun dihukum oleh mahkamah. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur? Jadi, adakah rasuah itu bersalah atau pun tidak kerana yang bersalah mesti disabitkan dengan mahkamah.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, patut. Oleh kerana ada satu Lembaga Tatatertib UMNO yang ada buat keputusan, dia ada terlibat dalam money politics dan money politics adalah corruption sehingga dia dilarang daripada bertanding. Patutlah MACC terus ambil tindakan untuk mendakwa Ketua Menteri di mahkamah dan Ketua Menteri patut letak jawatan pun. Kedua-dua tindakan patut diadakan. Akan tetapi ini ada corruption. Tidak boleh kata bahawa tidak ada korupsi oleh kerana korupsi dalam UMNO ialah sudah ada satu sistem perbicaraan.

Selain daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu kata bahawa UMNO is a committee yang tidak adil dan keputusan ini tidak betul, tidak baik. Itu hal Yang Berhormat Hulu Terengganu tetapi ini kita tidak tahu. Kita tahu ini satu perkara yang kecil sehingga calon untuk Timbalan Presiden UMNO kali pertama dalam sejarah UMNO berlaku dilarang untuk bertanding.

Saya tidak tahu benar tidak benar beliau adalah lebih daripada 400 laporan dibuat terhadap beliau. Di sini kita diberitahu bahawa pada bulan November Lembaga Tatatertib UMNO ada
dapat 900 kompelin. Itu untuk November. Akan tetapi untuk tiga bulan ini sehingga sekarang, saya percaya kompelin yang baru lebih daripada 900 dan empat angka. Kita mahu tahu kenapa MACC tidak begitu berkesan sehingga tidak boleh ambil tindakan? Kenapa dalam kes Ketua Menteri Melaka, apa tindakan MACC?
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Minta laluan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Kita mahu apa tindakan, apa peranan MACC bukan kes seorang sahaja. Akan tetapi saya percaya kalau MACC ada kuasa untuk siasat semua kes money politics di UMNO yang beratus juta ringgit mungkin beratus-ratus orang akan dibawa ke mahkamah.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Minta laluan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Di mana MACC ini, satu test kes kepada MACC sama ada boleh membersihkan nama MACC?
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Minta laluan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Minta laluan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ipoh Timur etika pemilihan UMNO begitu rigid dan teliti di mana untuk mengadakan perjumpaan pun merupakan satu kesalahan dan boleh dibuat aduan. Dia bukan semestinya melibatkan rasuah sebagaimana yang kita katakan, yang difahamkan. Jadi sebab itulah bahawa tidak boleh menyamakan bahawa rasuah yang disabitkan di mahkamah bersamaan dengan etika dalam pemilihan parti UMNO. Oleh sebab itulah, kita katakan bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur tidak faham berkenaan dengan etika pemilihan parti UMNO dan jangan bercakap berkenaan dengan soal ini. Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu mengatakan bahawa sistem UMNO sangat tidak adil begitu tyrannical sehingga seorang yang tidak buat apa-apa kesalahan boleh dilarang daripada ambil pertandingan? Adakah UMNO sekarang sudah begitu oppressive, repressive tyrannical, autokratik? Tidak bolehlah, tidak percaya sebaliknya kita percaya bahawa apa yang berlaku ialah only tip of an iceberg. Bukan sahaja Ketua Menteri dan kalau penyokong-penyokong Ketua Menteri Melaka rasa beliau menjadi mangsa oleh kerana selective action ada kalau mahu ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat macam Ketua Menteri Melaka. Ramai pemimpin, calon-calon, 270 orang calon dalam UMNO mungkin 80% semua perlu tindakan diambil dan tidak ada election dalam UMNO

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Cukup.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Semua disqualified. Saya harap dalam perkara ini bahawa Ketua Menteri Melaka buat pendirian dalam perkara ini atau pun MACC. Sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: