• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dipindah ke Lapan Kementerian lain

Semua fungsi dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, akan diserapkan ke lapan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memastikan peranan utama MeCD sebelum ini terus diberi penekanan, terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan serta perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan pembabitan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam, berkata fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut dipindahkan ke kementerian itu ialah Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia, manakala Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pusat Khidmat Kontraktor ke Kementerian Kerja Raya, manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd serta Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sementara Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Pada sidang medianya pula, Najib menegaskan pemansuhan MeCD tidak menimbulkan masalah kerana agensi di bawah kementerian itu tidak dibubarkan.

“Tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa. Umpamanya, Mara kita kembalikan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

“Lagi pun, menterinya sekarang seorang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal). Takkan dia tidak boleh diharap melaksanakan program Mara,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pemansuhan MeCD tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia dilakukan untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan cekap.

Mengenai LPKP, Perdana Menteri berkata, agensi itu ditempatkan di bawah JPM berikutan keputusan terdahulu untuk mewujudkan Lembaga Pengangkutan Kebangsaan yang merentasi pelbagai kementerian.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan belum dibuat mengenai Menteri di JPM yang bertanggungjawab menerajui badan baru yang dijangka dilaksanakan tahun ini.

3 Respons

  1. Najib dah merosakkan harapan anak melayu dengan meletakkan MARA di kementerian luar bandar.

    Kerana Najib, anak melayu tak dapat sambung belajar!!

    Paklah tak sentuh Mara, inikan pula Mahathir, tapi kenapa Najib???

    Malaysia dh jadik negara asing!! tiada lagi tanah melayu!!

    Melayu dibuang di negara sndr!!

    Kembalikan Mara ke bawah Kementerian Pembangunan Usahawan!!

  2. sey suri rumah ingin m.buat pinjaman blh ke

  3. Saya berkerja di cartridge world malaysia.di bawah cawangan johor bahru.secara tiba-tiba master franchisor memberhenti kan operasi di johor bahru di sebab kan .masalah pengurusan.Apa yang saya tidak faham saya sebagi staff jua di ugut supaya tidak melibatkan diri dalam bidang ini selama 2 tahun.jika saya gagal saya akan di penjarakan selama 5 tahun.Saya amat kecewa dengan akta franchise 1998 kerana semasa saya diambil berkerja mereka tidak memberitahu perkara ini kepada saya..saya harap akta ini perlu di kaji semula demi kepentingan masyarakat.atau perkerja seperti saya.
    Memandangkan kami suami isteri berkerja di dalam bidang yang sama.saya bercadang ingin menjalankan perniagaan ini memandangkan kelulusan dan pengalaman yang saya ada..
    tetapi ugutan ini menyebabkan saya akan kehilangan sumber pendapatan..memandangakn anak-anak saya yang masih bersekolah.
    saya berharap kementerian atau jabatan tertentu memantau semula akta yang amat tidak adil buat kami sebagai perkerja.

Tinggalkan Jawapan kepada rozinah bte basir Batal balasan