• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pakatan Rakyat tolak cadangan SPR hadkan penyokong parti

Pakatan Rakyat menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mengehadkan parti-parti politik daripada membawa penyokong yang terlalu ramai pada hari penamaan calon dan hari pengundian.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi nyata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut serta menyifatkan langkah mengehadkan kehadiran jumlah penyokong calon-calon yang bertanding adalah tidak praktikal.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, syor sedemikian adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana sesebuah parti politik yang terlibat juga sukar untuk menyekat kahadiran ahli dan penyokong mereka.

“Bagi pihak PAS kami tidak nampak langkah yang disyorkan itu adalah sesuatu yang praktikal.

“Susah bagi kita nak mengawal kehadiran orang awam pada hari penamaan calon ataupun hari pengundian,” katanya.

Jumaat lalu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, mesyuarat Rabu ini turut akan mencari penyelesaian bagi mengelakkan kehadiran ramai penyokong di pusat pengundian hingga menyukarkan pihak polis untuk mengawal keselamatan orang ramai.

Tambah Kamaruddin, SPR tidak boleh menghalang orang ramai untuk berkumpul di tempat awam manakala faktor keselamatan kawasan penamaan calon ataupun pusat-pusat mengundi sememangnya di bawah tanggungjawab pihak polis.

“Kita tak boleh halang orang masuk ke bandar atau ke kawasan sekitar tempat penamaan calon mahupun tempat mengundi.

“Lagipun kalau SPR fikirkan soal keselamatan seperti kebiasaannya pihak polis akan mengawal di sekitar tempat-tempat berkenaan.

“Kehadiran penyokong hanya berkumpul di luar kawasan berkenaan… jadi apa masalahnya di situ?” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, mengehadkan kehadiran jumlah penyokong seperti yang disyorkan SPR nyata tidak wajar dilaksanakan.

“Kami (PKR) tidak bersetuju dengan saranan sedemikian, cadangan ini memang sukar untuk dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun jelas, beliau perkara tersebut terpulang kepada SPR untuk mempertimbangkannya.

“Terpulang kepada mereka nak buat macam mana, kalau mereka mampu nak kawal kehadiran penyokong, mereka buatlah.

“Tapi kami sebagai parti politik memang tidak berupaya untuk sekat kehadiran penyokong,” katanya. – mstar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: