• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

SPRM tidak dakwa Fairus

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

“Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Menurut kenyataan itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio Mohammad Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan perusahaan kuari di Pulau Pinang.

“Beliau hanya diberi tugas mengendalikan siasatan kes pemberian tanah di Lot 954 dan 955, Mukim 20, Seberang Perai Tengah kepada seseorang, dan siasatan mendapati beliau ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut SPRM, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Mohammad Fairus.

“Siasatan mendapati Mohammad Fairus telah pergi menghadiri kursus antarabangsa di London pada pertengahan tahun 2008 bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang (P. Ramasamy) yang mana Ramasamy dibiayai sepenuhnya oleh pihak penganjur dan kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu juga, SPRM mengingatkan kerajaan negeri, kementerian dan jabatan agar mematuhi peraturan dan tatacara permintaan serta penerimaan sumbangan daripada pihak luar.

SPRM akan menghantar pegawainya ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian bagi meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti melalui prosedur dan tatacara penerimaan sumbangan atau derma dari pihak luar.

“Hasil kajian ini akan dicadangkan untuk diterima pakai oleh lainlain negeri dan kementerian,” menurut kenyataan itu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: