• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pemimpin Berwatak Malaysia

“SAYA akan ukur baju dulu,” itulah yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, SALAHUDDIN AYUB ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan Pas pada Jun ini.

Bagi beliau perjuangan mempersadakan Pemuda Pas yang kini tidak lagi dilihat satu kelompok asing yang jumud dan ekstrem serta hanya menjadi pendesak sahaja merupakan antara kejayaan peribadi yang dibanggakan sepanjang enam tahun memegang jawatan tersebut. Salahuddin juga yakin dan percaya pasukan yang ditinggalkan ini akan mencipta satu kejayaan yang lebih baik dari era yang ada dan sudah tentu mereka akan mencipta dan menerokai banyak bidang-bidang baru dalam pendekatan politik dan dakwah yang menjadi wadah perjuangan mereka selama ini.

Dalam pertemuan dengan Salahuddin yang berlangsung di pejabat pentadbiran lidah rasmi Pas Harakah, wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSEIN dan HAFIZAHRIL HAMID turut mencungkil apakah bentuk kepimpinan yang harus dimiliki oleh Pas sekarang.

Bagi beliau, Pas memerlukan barisan kepimpinan yang progresif, mempunyai pemikiran yang kontemporari dan bersedia untuk berhadapan dengan apa jua bentuk cabaran.

“Pas perlu bergerak kehadapan dan perlu mencipta pemimpin yang berwatak Malaysia. Pas perlu menyediakan kepimpinan yang mampu memimpin negara untuk pilihan raya akan datang,” katanya.

MINGGUAN: Apa perasaan YB untuk meninggalkan Pemuda Pas dan kalau dibandingkan 30 dulu dengan sekarang apa perbezaannya?

SALAHUDDIN: Saya terlibat dalam Pemuda Pas hampir 30 tahun bermula pada tahun 1981 dengan memegang jawatan Ketua Pemuda Pas kawasan Pontian kemudian Exco Pemuda Pas Johor sebelum menjadi Ketua Pemuda Negeri, kemudian menjadi Exco Pemuda Pas Pusat. Menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Timbalan Ketua Pas Pusat. Kemudian menjadi Ketua Pemuda Pas Pusat dari tahun 2003 hingga 2009. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga dan saya bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat dengan parti ini bermula dari bawah.

Apa yang saya pelajari sepanjang era Pemuda ini ialah kita berani melakukan apa yang dikatakan pembaharuan baik dari pendekatan politik dan dakwah. Kita banyak melakukan inovasi dalam pendekatan melakukan strategi politik kita. Kalau kita mengambil contoh pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an bakat dalam berpidato telah cukup untuk menjadikan seseorang itu pemimpin dan apabila memasuki era 90-an dan sekarang pada abad ke-21 ini, masyarakat telah berubah dan era untuk rakyat menilai kita juga telah berubah dari segi paradigma.

Mereka lebih melihat kita dari segi integriti, pendekatan dan cara dan paling penting sekali apa yang Pas mampu tawarkan pada rakyat dan negara. Oleh itu saya banyak menekankan hari ini tentang perlunya ada nilai tambah dan inovasi untuk kita tampil lebih baik daripada saingan kita.

Sepanjang enam tahun menjadi Ketua Pemuda Pas, apakah hasil yang paling ketara YB lakukan?

SALAHUDDIN: Kami berjaya memecahkan banyak tembok antara kita dengan masyarakat. Hari ini saya bersama dengan pasukan yang akan saya tinggalkan ini, telah berjaya mempersadakan perjuangan Pemuda Pas. Kami tidak lagi dilihat satu kelompok asing, menjadi pendesak sahaja atau dilihat hanya pandai membangkang dan mengkritik sahaja.

Cabaran paling besar yang akan saya pikul walau di mana juga saya ditempatkan dalam parti dan menjadi visi saya ialah melebar luaskan pengaruh Pas dalam setiap segmen masyarakat. Selain itu juga saya menempatkan keyakinan rakyat bahawa kita boleh menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Apakah pengunduran sebagai Ketua Pemuda adalah kerana tekanan atau ada alasan lain?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: