• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Peruntukan semula ekoran penyusunan Kementerian

1. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:
“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut:

(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;

(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan

(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. DAN BAHAWASANYA –

(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada
Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),
Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),
Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800), Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”

Advertisements

Rais Yatim puji Presiden dan Timbalan Presiden PAS

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim pula membidas sikap DAP dan PKR yang tidak setuju dengan tindakan Pas untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Rais berkata, beliau percaya Pas mempunyai pendirian sendiri dan berpendapat DAP serta PKR tidak perlu memberi nasihat kepada Pas.

“Soal perpaduan harus diutamakan semua parti politik di negara ini dan jangan kita merendahkan pandangan mana-mana pihak berhubungnya (perpaduan).

“Siapa yang tidak suka perpaduan harus dianggap sebagai tidak mempunyai pendirian politik yang membina untuk Malaysia. Saya memberi penghargaan yang amat tinggi kepada Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa di atas pandangan jauh mereka,” katanya.

Kerajaan perpaduan berasaskan satu parti pemerintah tanpa pembangkang, tidak baik untuk politik negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, negara memerlukan pembangkang bagi memberi keseimbangan terhadap pentadbiran kerajaan yang memerintah supaya ada pihak membuat teguran.

“Ini sesuatu yang tidak sihat… tanpa pembangkang adalah umpama seseorang itu tidak mempunyai cermin untuk melihat sama ada dia cantik atau tidak,” katanya selepas merasmikan pelancaran dan demonstrasi produk petroleum dari sisa plastik oleh Greenbase Utama Sdn Bhd di sini, semalam. – Berita Harian 10 Jun 2009

Definisi semula cemerlang dan rasional dalam SPM – satu kelucuan dan kebodohan

Berikut ialah aspek yang perlu dikaji berdasarkan arahan dari Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran) untuk dijadikan justifikasi untuk membenarkan 10 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia – Utusan Malaysia 29/05/2009

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.
Lucu pun ada, lawak pun ada dan bodoh pun ada bila kenangkan nasib malang yang menimpa ahli-ahli akademik dan professional yang akan dikerah untuk membuat kajian berdasarkan aspek digariskan oleh Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran) seperti di atas.

Sejarah membuktikan dua tahun berturut-turut pelajar yang mendapat 20A lebih dalam SPM adalah dari aliran agama, kedua-duanya dari Kelantan. Semasa Amalina dari Johor (Negeri asal Muhyiddin Yassin) berjaya berbelas-belas A dalam SPM, gegak gembira UMNO memberi gelaran kejayaan sebagai sebuah kecemerlangan. Tetapi kenapa kini perlukan kajian semata untuk menakrif semula maksud kecemerlangan sepertimana diaspekkan oleh Muhyiddin seperti di atas itu?.

Saya telah menulis tentang betapa pelajar cemerlang 2008 tidak ada kerana ia tidak diistihar. Sila rujuk tulisan berkenaan di sini http://www.marhaen.info/v2/mar_a_muramatsu139.html .
Oleh kerana Amalina anak UMNO yang berasal dari Johor di tempat kelahiran UMNO serta tempat asal Menteri Pelajaran serta kaum kerabat bangsawan dalam UMNO, maka Amalina diangkat dan dijulang melangit. Amalina telah dijadikan contoh oleh Menteri Pelajaran UMNO pada masa itu supaya diikuti oleh pelajar SPM kemudiannya. Apabila ia dijulang sebegitu rupa, sudah tentulah ia jadi idola dan ikutan pelajar lain.
Kerajaan pula menggalakkannya dengan slogan, terutamanya slogan Malaysia boleh. Hasil dari slogan dan cara UMNO julang Amalina itulah sebenarnya rasional kenapa masing-masing ingin bertanding untuk dapat banyak A dalam SPM. Kini Menteri Pendidikan minta kajian dibuat dalam aspek rasional atau tidak ambil banyak subjek dalam SPM. Kalau ia tidak rasional, maka Menteri Pelajaran dulu iaitu kawan seUMNO dengan Muhyiddinlah yang tidak rasional.

Alasan kononnya bimbang takut tidak berlaku adil kepada pelajar lain adalah sangat lawak. Kenapa ia dibimbangi sedangkan syarat-syarat sudah jelas pelajar yang layak dan pelajar tidak layak. Lainlah kalau syarat ditetapkan demikian – iaitu pelajar mesti cemerlang dalam banyak subjek.

Kalau ia dijadikan syarat demikian, maka tukang yang buat syaratlah yang bodoh.

Alasan bodoh dalam dunia mengenai SPM ini ialah kurangkan subjek maka beban ibu bapa boleh dikurangkan. Ia dikatakan bodoh dalam dunia kerana pengajaran matematik dan sains (PPSMI) menggunakan bahasa inggeris itulah yang membebankan ibu bapa. Walaupun PPSMI adalah kes berbeza, tetapi ia dibawah seliaan Menteri Pelajaran yang sama. Bahkan beban ibu bapa dalam PPSMI adalah lebih berat berbanding beban ibu bapa yang anaknya ambil SPM. Kerana usia pelajar yang ambil PPSMI adalah lebih kecil tetapi tempoh yang terlibat pula dalam masa yang lama.

Untuk memahami duduk perkara persoalan ini tidak payah. Sebenarnya pelajar di sekolah agama mempunyai lebih peluang untuk ambil banyak subjek, dan kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain – dalam kontek ini yang disebut oleh Muhyiddin sebagai subjek bertindih. Subjek agam memang begitu, apa boleh buat.

Oleh yang demikian, peluang untuk mendapat banyak A lebih besar di sekolah-sekolah aliran agama. Pelajar dialiran agama juga mempunyai kelebihan kerana mereka boleh belajar sendiri di mussalla atau masjid-masjid secara tidak rasmi kerana ilmu berkenaan sama saja. Hatta dalam ceramah PAS pun ilmu berkenaan boleh dipelajari untuk jawab soalan peperiksaan SPM.

Tambahan pula sekolah-sekolah jenis ini kebanyakkannya berada di Negeri-negeri yang diperintah oleh PAS, terutamanya Kelantan yang sudah 2 kali mencatat sejarah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Malaysia.

Secara umumnya, mengurangkan subjek dapat mengurangkan beban pelajar dan guru, tetapi mewajibkan supaya tidak melebihi 10 subjek itu tidak perlu kerana mangsanya nanti adalah sekolah aliran agama.
Ini semua adalah hasil buah fikiran pencatur kuasa (seperti disebut oleh Ruhanie Ahmad Kuda Kepang), kecualilah pencatur kuasa UMNO itu jenis yang tidak ada agama tetapi jenis maging dan maun saja.

Muramatsu
UK
raw_gen_ken@yahoo.com