• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Peruntukan semula ekoran penyusunan Kementerian

1. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, menurut Peraturan 66A dan 67B Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat:
“BAHAWASANYA, berikutan pelantikan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 10 April 2009 seperti berikut:

(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diserap ke Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani;

(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserap ke Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan

(c) Fungsi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan dengan komunikasi dan agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. DAN BAHAWASANYA –

(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2009 (Akta A1340);
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian- kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat malalui waran yang dikeluarkan oleh
Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
(iii) perbelanjaan pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2009;
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya;
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyaurat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri,

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI membuat ketetapan seperti berikut:
1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada
Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432),
Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792),
Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan).

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan –
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800), Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539);

(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan

(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: