• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Kabinet setuju rombak kurikulum BTN: Nazri

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju merombak semula kurikulum Biro Tata Negara (BTN) supaya lebih inklusif dan tidak membelah bahagikan rakyat negara ini mengikut kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu dalam usaha memastikan kursus BTN tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja.

“BTN adalah jabatan yang baik tapi kita kena tukar kurikulumnya kerana sekarang (konsep) 1Malaysia.

“Pada saya, kurikulum yang ada tidak selaras dengan apa yang Perdana Menteri mahukan dan jika kita bercakap berhubung integrasi kaum, tidak boleh hanya satu kaum yang menghadiri kursus itu, sebaliknya kaum lain juga dijemput,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Nazri berkata, beliau percaya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sudah mengarahkan BTN untuk membuat rombakan itu.

Minggu lalu, kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN berkuatkuasa serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan kerana BTN didakwa sekadar ‘sesi membasuh otak’ yang sengaja diada-adakan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi kebaikan kepada peserta dan mendakwa menjadi tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecah-belahkan rakyat.
– Berita Harian 30 November 2009

Advertisements

Kaukus: Keputusan saya bergantung kepada senarai anggota – Ku Li

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan sama ada beliau akan mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan akan hanya diputuskan sekiranya kaukus itu mempunyai perwakilan seimbang daripada semua parti.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas berkata, beliau tidak terdesak untuk membuat keputusan berkenaan, tetapi mengharapkan kaukus itu diwakili oleh semua Ahli Parlimen dari negeri yang mengeluarkan hasil petroleum.

“Saya nak tengok supaya perwakilan (yang sertai kaukus) lebih menyeluruh. Kalau boleh. Itu yang saya nak sebelum saya bagi kata putus. Saya nak tengok supaya ia tidak ada kaitan dengan politik.

“Saya mahu lihat perwakilan yang seimbang daripada semua anggota Parlimen dari semua negeri khususnya daripada negeri yang mengeluarkan petroleum. Kemudian baru adakan kaukus. Tiada keperluan segera,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai keputusannya berhubung pelawaan untuk mengetuai kaukus tersebut di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh sebelum ini dilaporkan berkata, sedang menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya menjadi pengerusi kaukus, namun beberapa hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mahu beliau (Razaleigh) meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang itu.

Muhyiddin berkata, pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

Katanya, lebih baik Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya permintaan berkenaan walaupun ia melibatkan negeri Kelantan, apatah lagi ia ditaja oleh parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengusahakannya.

Mengenai saranan berkenaan, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, soal itu tidak timbul sebenarnya kerana sebelum ini pernah wujud jawatankuasa di mana parti pemerintah dan pembangkang bersama-sama menubuhkan jawatankuasa bersama demi kepentingan rakyat.

“Soal fikir masak-masak tidak timbul. Sebelum ini sudah ada jawatankuasa, gabungan antara kerajaan dan pembangkang. Jadi tidak timbul isu kerajaan boleh duduk dalam jawatankuasa yang ditubuhkan pembangkang ataupun tidak. Jadi itu bukan isu, yang penting ialah kepentingan rakyat itu kita dahulukan,” katanya.

Ketika ditanya pendiriannya berhubung bayaran wang yang diumumkan kerajaan kepada Kelantan yang sepatutnya royalti bukannya wang ihsan, Tengku Razaleigh berkata, perkataan wang ihsan tidak pernah ada dalam perjanjian, sebaliknya ia dipanggil bayaran tunai. – Bernama/ Berita Harian 30 Nov. 2009

Ku Li dijemput mengetuai Kokus Parlimen menyiasat isu Royalti Petroleum

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, dijemput mengetuai Jawatankuasa Kokus Parlimen menyiasat isu royalti petroleum Kelantan.

Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974,Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan kokus ini.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Razaleigh telah menerima jemputan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau bersetuju bersama dengan kokus mengenai petroleum. Kita mencadangkan kokus ini mewakili semua parti. Dan kita akan menjemput wakil dari UMNO, MCA dan lain-lain selain daripada Pakatan Rakyat. Terutamanya negeri-negeri pengeluar minyak, Kelantan Terengganu, sabah dan Sarawak”.

Kokus yang ditubuhkan Pakatan Rakyat ini bertujuan merangka pindaan untuk Akta Petroleum 1974. Pindaan ini dilihat perlu bagi memastikan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan mendapat royalti minyak sewajarnya sepertimana yang telah dijanjikan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.

Turut menyertai perbincangan itu ialah Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Tok Guru Nik Aziz mahu jumpa PM bincang Royalti

Kerajaan Kelantan tetap mahu menuntut pembayaran wang royalti minyak walaupun kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan untuk negeri itu, kata seorang exco negeri itu Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Datuk Husam Musa berkata bagi tujuan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Husam berkata tidak kiralah berapa jumlah wang ihsan yang akan dibelanjakan oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri menganggap ia sebagai “sedekah” dan masih mahu menuntut royalti minyak.

Kerajaan Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004.

Rabu lepas, Najib mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Kelantan tahun depan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

MP DAP Ipoh Timur Bahas Bajet 2010 (1)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang 29 Oktober 2009

Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Bajet 2010) di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2009.

.. bersambung …