• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Kaukus: Keputusan saya bergantung kepada senarai anggota – Ku Li

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan sama ada beliau akan mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan akan hanya diputuskan sekiranya kaukus itu mempunyai perwakilan seimbang daripada semua parti.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas berkata, beliau tidak terdesak untuk membuat keputusan berkenaan, tetapi mengharapkan kaukus itu diwakili oleh semua Ahli Parlimen dari negeri yang mengeluarkan hasil petroleum.

“Saya nak tengok supaya perwakilan (yang sertai kaukus) lebih menyeluruh. Kalau boleh. Itu yang saya nak sebelum saya bagi kata putus. Saya nak tengok supaya ia tidak ada kaitan dengan politik.

“Saya mahu lihat perwakilan yang seimbang daripada semua anggota Parlimen dari semua negeri khususnya daripada negeri yang mengeluarkan petroleum. Kemudian baru adakan kaukus. Tiada keperluan segera,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai keputusannya berhubung pelawaan untuk mengetuai kaukus tersebut di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh sebelum ini dilaporkan berkata, sedang menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya menjadi pengerusi kaukus, namun beberapa hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mahu beliau (Razaleigh) meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang itu.

Muhyiddin berkata, pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

Katanya, lebih baik Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya permintaan berkenaan walaupun ia melibatkan negeri Kelantan, apatah lagi ia ditaja oleh parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengusahakannya.

Mengenai saranan berkenaan, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, soal itu tidak timbul sebenarnya kerana sebelum ini pernah wujud jawatankuasa di mana parti pemerintah dan pembangkang bersama-sama menubuhkan jawatankuasa bersama demi kepentingan rakyat.

“Soal fikir masak-masak tidak timbul. Sebelum ini sudah ada jawatankuasa, gabungan antara kerajaan dan pembangkang. Jadi tidak timbul isu kerajaan boleh duduk dalam jawatankuasa yang ditubuhkan pembangkang ataupun tidak. Jadi itu bukan isu, yang penting ialah kepentingan rakyat itu kita dahulukan,” katanya.

Ketika ditanya pendiriannya berhubung bayaran wang yang diumumkan kerajaan kepada Kelantan yang sepatutnya royalti bukannya wang ihsan, Tengku Razaleigh berkata, perkataan wang ihsan tidak pernah ada dalam perjanjian, sebaliknya ia dipanggil bayaran tunai. – Bernama/ Berita Harian 30 Nov. 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: