• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

10,248 punyai kelayakan PhD

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sehingga Jun tahun ini, ada 10,248 orang dalam negara yang mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung, berkata daripada jumlah itu 8,132 orang adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 2,116 orang lagi dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Pada tahun 2008, keluaran graduan PhD di IPT tempatan ialah seramai 840 orang di mana IPTA mengeluarkan 785 orang dan IPTS 55,” katanya menjawab soalan Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau) yang ingin tahu bilangan pemegang PhD yang terkini dan kesahihan kesemua pemegang PhD.

Hou berkata, sehingga Mac 2009, terdapat 13,361 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di IPTA.

“Sehingga hari ini, kesemua pemegang PhD yang diketahui kementerian adalah sahih,” – Bernama/ Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: