• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Gaji amah Indonesia masih ikut perjanjian lama

KUALA LUMPUR: Sehingga kini Malaysia dan Indonesia masih mengguna pakai perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 13 Mei 2006, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata berdasarkan perjanjian itu penetapan gaji pembantu rumah ditentukan melalui persetujuan di antara majikan dan pembantu rumah berkenaan yang termaktub dalam kontrak pekerjaan.

Beliau berkata, isu berkaitan dengan desakan untuk menetapkan gaji yang lebih tinggi kepada pembantu rumah Indonesia tidak pernah dibangkitkan secara rasmi oleh kerajaan Indonesia.

“Perkara ini hanya dilaporkan secara meluas oleh pihak media sedangkan kerajaan Malaysia tidak pernah menerima sebarang desakan atau permohonan daripada kerajaan Indonesia,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang ingin tahu pendirian kerajaan berkaitan tuntutan gaji pembantu rumah Indonesia yang kini dianggap “amat mahal” serta kemudahan bercuti di hujung minggu.

Sehubungan itu, Maznah berkata kementerian berpendapat bahawa soal desakan untuk menetapkan gaji pembantu rumah yang lebih tinggi tidak timbul.

Katanya, mesyuarat “Joint Working Group” kelima antara Malaysia dan Indonesia berkenaan isu pembantu rumah yang diadakan pada 19 November lalu di Kuala Lumpur tidak mengandungi usul atau agenda berkaitan untuk diperbincangkan.

“Kementerian Sumber Manusia sedang mewujudkan satu peraturan di bawah Akta Kerja 1955 bagi mengadakan suatu peruntukan khusus untuk pembantu rumah yang melibatkan pembayaran gaji secara tetap melalui akaun bank, menyediakan peraturan untuk mewajibkan majikan menyediakan surat pelantikan, dan memberikan satu hari cuti rehat mingguan serta lain-lain faedah,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua negara akan bermesyuarat lagi pada Januari tahun depan, yang diharapkan dapat memuktamadkan beberapa isu tertangguh termasuk penetapan gaji dan kontrak pekerjaan bagi pembantu rumah Indonesia.

Menjawab soalan tambahan daripada Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Pas-Titiwangsa), Maznah berkata Malaysia juga sedang memperinci alternatif bagi mengurangkan pergantungan terhadap pembantu rumah Indonesia, termasuk melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah serta mencari negara sumber lain untuk membekalkan tenaga kerja seperti Thailand, Kemboja, Myanmar dan Filipina.

Katanya, daripada sejumlah 216,612 pembantu rumah yang sedang berkhidmat dalam negara, 89.7 peratus daripadanya adalah warga Indonesia. – Bernama/ Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: