• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

PAC diminta siasat pembelian ‘tren besi buruk’

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu pembelian empat tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang dianggap lapuk dengan harga RM30 juta bagi mengesan individu yang melakukan penyelewengan dalam urusan berkenaan.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, pembelian DMU terpakai dari Sepanyol berusia 20 tahun yang disifatkan sebagai kereta api besi buruk itu, tidak masuk akal kerana membabitkan kos sangat tinggi.

Malah, katanya, siasatan wajar dilakukan di Argentina dan Costa Rica jika perlu kerana negara terbabit turut membeli kereta api sama dengan harga hanya RM10 juta.

“Pembelian DMU dari Sepanyol berharga RM30 juta tidak masuk akal kerana Argentina dan Costa Rica turut membelinya dengan kos RM10 juta.

“Jadi, PAC dan SPRM perlu menyiasat kes ini dan jika perlu pergi ke Sepanyol, Argentina dan Costa Rica untuk mendapatkan maklumat lanjut, kita galakkan.

“Ini penting kerana kita tidak mahu penyelewengan dilakukan orang tertentu…saya tidak tuduh sesiapa, tetapi siasatan perlu demi kepentingan negara dan jika ada yang menyeleweng, kita ada undang-undang (untuk diambil tindakan),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.

Cadangan Mohamad itu disokong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menganggap pembelian keretapi lapuk itu sebagai tidak menghargai nyawa rakyat Malaysia.

Beliau berkata, isu pembelian DMU itu menjadi topik perbualan rakyat yang mempersoalkan sama ada kerajaan boleh memberi jaminan keselamatan terhadap khidmat keretapi lapuk itu dan rasional terhadap pembeliannya membabitkan kos tinggi.

“Pembelian DMU itu menunjukkan seolah-olah nyawa rakyat Malaysia tidak berharga. Rakyat ingin tahu kenapa beli besi buruk dan apa jaminan tidak berlaku kejadian tidak diingini apabila keretapi itu digunakan kelak.

“Jadi, saya minta PAC menyiasat segera perkara ini kerana jika kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) boleh siasat, kenapa ini tidak boleh,” katanya.

Bung Moktar berkata, laporan hasil siasatan perlu dibentang kerana ia membabitkan kepentingan awam, malah pembelian DMU itu juga tidak dipersetujui Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Saya ingin tahu siapakah manusia yang paling berkuasa membuat keputusan pembelian itu…adakah menteri atau pegawai dan jika terbabit, mereka perlu diadili di mahkamah dengan segera kerana ia membabitkan kepentingan awam,” katanya.

Sementara itu, ketidakhadiran Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, di Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan membabitkan kementeriannya, dikritik ramai Ahli Parlimen.

Mohamad ketika menyentuh perkara itu berkata, Ong sepatutnya mendengar sendiri isu dibangkitkan dan kegagalannya hadir menunjukkan beliau tidak bertanggungjawab.

“Kita faham, menteri dilantik Perdana Menteri tetapi jika menteri tak datang, tak buat kerja, tak tunjuk prestasi, tak jalankan tugas sebagai menteri, kenapa nak jadi menteri.

“Siapa dia sebenarnya…menteri ialah orang kanan yang bekerja dalam kerajaan bantu Perdana Menteri tetapi jika menteri tak datang Parlimen, hanya harapkan Timbalan Menteri saja, susahlah.

“Ini tak ada kaitan dengan MCA tetapi kes ini membabitkan menteri dengan Ahli Parlimen yang membangkitkan perkara berkaitan kepentingan negara dan kita mahu menteri menjawab dengan jujur,” katanya.

Bung Moktar pula berkata, Ong tidak menghormati Dewan Rakyat dan menyarankan beliau meletak jawatan jika tidak berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.

“Isu DMU ini besar kerana babitkan nyawa tetapi dia (Ong) tidak datang, tak hormat Dewan…Timbalan Perdana Menteri panggil (untuk membincangkan isu MCA) pun, dia tak datang dengan alasan sakit perut tetapi boleh berada di Ipoh.

“Jika tak berminat bersama kerajaan, lebih baik undur diri sebab kita mahu menteri yang telus menjalankan tanggungjawab supaya tidak dipersoalkan rakyat.

“Saya juga nak tahu, adakah Kementerian Pengangkutan menipu rakyat, kerana pembelian DMU tidak menepati slogan rakyat didahulukan kerana mereka terdedah kepada keselamatan yang tidak terjamin,” katanya.

Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) pula kesal kerana Ong gagal menyelesaikan masalah perkhidmatan bas dalam bandar Kuantan yang dihentikan sejak tiga tahun lalu walaupun masalah sama dibangkitkan berulang kali.

“Menteri sepatutnya beri penjelasan kenapa rintihan selama ini tidak didengar tetapi tidak datang.

“Bukan saja tiada bas dalam bandar, khidmat teksi di Kuantan juga tidak bermeter dengan mengenakan tambang mahal sedangkan kebanyakan pengguna adalah penduduk miskin,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: