• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Rombakan kurikulum BTN sudah lama dicadangkan

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini menolak dakwaan bahawa keputusan untuk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) menunjukkan kerajaan akur dengan desakan pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, perkara itu berlaku secara kebetulan kerana Kabinet sebelum ini pernah membincangkan cadangan untuk merombak kurikulum kursus berkenaan agar selari dengan peredaran masa.

“Sebelum perkara itu dibangkitkan oleh pembangkang memang kita (Kabinet) sudah berbincang dan lihat bagaimana perlunya modul dan pendekatan BTN laksana programnya.

“Perlu ambil kira suasana dan keadaan yang berubah dari segi tahap pendidikan rakyat yang meningkat, tahap pendedahan kepada pengetahuan dan lain-lain. Pada saya perkara itu kebetulan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamed Khaled diminta mengulas keputusan Kabinet semalam yang bersetuju untuk merombak kurikulum dalam kursus BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang mengumumkan perkara itu di Parlimen semalam berkata keputusan Kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.

Sebelum ini barisan pembangkang telah membangkitkan isu sama dengan mendakwa kursus BTN sebagai salah satu cara doktrinasi oleh Barisan Nasional (BN) selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. – Bernama/ Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: