• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Bawa saja isu royalti minyak ke mahkamah: Nazri

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pas Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata membawa isu tuntutan itu ke mahkamah adalah langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah…daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.

“Daripada berdoa yang bukan-bukan…minta diturunkan bala ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dilihat lebih berunsurkan retorik berhubung isu tuntutan royati minyak selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ensiklopedia fasa pertama yang mengandungi perbahasan pelbagai isu sejak 1995 sehingga 2007 itu mempunyai 138 jilid dan dijual dengan harga RM68,000 manakala fasa kedua merangkumi tahun 1959 hingga 1994 akan diterbitkan pertengahan tahun depan.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebelum ini dilaporkan akan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada 4 November lalu, Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan yang bermula tahun depan.

Ditanya apakah kerajaan yakin akan memenangi kes tersebut sekiranya dibawa ke mahkamah, Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, kerajaan yakin keputusan untuk tidak memberikan royalti adalah menepati kehendak undang-undang tempatan mahupun antarabangsa dan untuk itu beliau yakin kemenangan akan memihak kepada kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan pemimpin negeri Kelantan dan pembangkang bahawa hak royalti minyak Kelantan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar kerana Perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak sahaja.

“Sabah dan Sarawak sebelum ini mendapat 100 peratus daripada hasil minyak yang dikeluarkan dari dalam perairan mereka. Itu sebelum mereka masuk Malaysia (penubuhan Malaysia). Tetapi selepas menyertai Malaysia, dua negeri itu terpaksa korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.

“Kita kena hargai pengorbanan Sabah dan Sarawak. Sebab tu kepada dia, kita (kerajaan) kata royalti. Kita perlu hargai pengorbanan yang dibuat ini dengan menjamin hak royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan.

“Tapi bagi negeri-negeri di Semenanjung, tidak ada minyak ditemui sebelum kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Jadi hormatlah pengorbanan mereka,” katanya.

Berdasarkan faktor tersebut Nazri berkata, beliau cukup yakin yang mahkamah tidak akan sama sekali memihak kepada kerajaan Kelantan walaupun kes ini dibawa ke mahkamah antarabangsa.

Katanya, setiap negara berdaulat hanya diberi 12 batu nautika sebagai perairan wilayah.

“Justeru, apa hak kerajaan negeri untuk menuntut lebih daripada 12 batu nautika,” katanya.

Berhubung kenyataannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam mengenai Biro Tata Negara (BTN) yang menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak, malah ada yang mahukan beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, Mohamed Nazri berkata, beliau tetap berdiri teguh dengan apa yang dikatakannya dan tidak perlu meminta maaf.

“Saya berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Saya menteri bagi semua rakyat Malaysia. Rakyat yang mengundi saya sebagai Ahli Parlimen adalah daripada pelbagai kaum.

“Saya tidak boleh bersetuju kalau satu kursus yang peruntukannya begitu tinggi hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja. Patriotisme adalah untuk semua. Negara Malaysia ini adalah untuk semua Malaysia,” katanya.

Mohamed Nazri, dalam kenyataannya semalam berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa kursus BTN tidak perlu dirombak.

Dr Mahathir dilaporkan berkata modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: