• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Nazri Aziz dicabar letak jawatan kerana gagal … – Naib Ketua Wanita

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim berkata, tugas serta tanggungjawab itu amat penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.

”Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara.

”Dalam keadaan politik sekarang, semua wakil rakyat dan Datuk Seri Mohamed Nazri perlu berada di dalam negara dan tak perlu cuti, tumpukan kepada kerja. Saya sangat kecewa, bayangkan kalau bajet tak lulus,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program lman ‘Remaja Bebas Dadah’ di Sekolah Kebangsaan Sayong dekat sini semalam.

Pada insiden 14 Disember lalu, pembangkang hampir berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan ekoran ramai wakil rakyat BN tidak berada di dalam Dewan ketika pengundian hendak dijalankan.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan kelebihan tiga undi (66-63) bagi membolehkan Bajet 2010 diluluskan.

Mengulas lanjut, Kamilia berkata, berbanding Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum ini yang turut meluluskan Bajet Perak 2010, semua wakil rakyat BN dan Bebas berasa bimbang kerana hanya mempunyai majoriti yang tipis.

”Saya mendapat maklum balas jelas daripada ahli UMNO di peringkat bawah yang tidak puas hati terhadap ahli-ahli Parlimen kita ekoran insiden tersebut,” ujar beliau.

Kamilia berpendapat, bagi menangani masalah tersebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan tegas terhadap semua wakil rakyat BN berkenaan.

”Kalau bajet tidak lulus bermakna kerajaan tidak boleh memerintah. Saya harap perkara serius macam ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

”Saya tidak halang wakil rakyat BN bercuti ke luar negara selepas kerja mereka selesai terutama sekali dalam urusan meluluskan bajet negara demi keutuhan BN,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: