• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Usul bincang Masalah Eksploitasi Wanita Penan ditolak

Dewan Rakyat 14 Julai 2010 – Usul 18 (1) oleh YB PKR Ampang, YB Zuraida Kamaruddin mengemukakan Usul mengenai PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT MASALAH EKSPLOITASI SEKSUAL WANITA PENAN

Usul sepenting ini ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat. Ada saja alasannya untuk menolak usul.

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, perkara usul menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 18(2). Dengan ini saya mohon mencadangkan bahawa setelah meneliti laporan oleh Penan Support Group terhadap ‘Konteks Luas Eksploitasi Seksual Kaum Wanita Penan di Baram Tengah dan Ulu Baram, Sarawak’, Satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan untuk segera menyiasat keberkesanan tindakan oleh Kerajaan Negeri
Sarawak dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pihak polis dalam menangani masalah ini, setelah mendapat pengesahan dan laporan jawatankuasa bertindak peringkat kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan
seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Oktober 2009, laporan jawatankuasa bertindak peringkat kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak telah didedahkan kepada umum, dan mengesahkan telah
berlakunya penderaan seksual kepada gadis dan wanita kaum Penan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka program-program untuk mengurangkan masalah ini dengan memberi kesedaran kepada kaum Penan, dan juga siri rondaan daripada pasukan polis. Pelancaran laporan ‘Konteks Luas Eksploitasi Seksual Kaum Wanita Penan di Baram Tengah dan Ulu Baram, Sarawak’ pada 7 Julai 2010 baru-baru ini, telah mendedahkan bahawa terdapat tujuh kes baru penderaan seksual di kalangan gadis dan wanita kaum Penan.

Penan merupakan salah satu kaum asal di negeri Sarawak. Malaysia telah meratifikasi United Nations Declaration on the Rights of Indigenous PeopleS yang digagaskan pada 13 September 2007. Deklarasi ini menegaskan bahawa tanggungjawab untuk melindungi Orang-orang Asal terletak di bawah kerajaan yang memerintah. Begitu juga Malaysia meratifikasi Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW).

Laporan daripada Penan Support Group ini mendedahkan bahawa usaha-usaha oleh pihak kerajaan untuk melindungi gadis dan wanita kaum Penan masih tidak memberi kesan untuk mengurangkan bukan sahaja masalah rogol, serangan, penculikan, kahwin paksa, keganasan rumah tangga, gangguan keluarga mangsa oleh pemangsa. Akan tetapi ia merupakan petunjuk kepada masalah yang lebih serius, yang menjadi punca sebenar masalah ini seperti kemiskinan tegar, ketiadaan kad
pengenalan, kesukaran kemudahan kesihatan dan kemudahan pendidikan.

Mata pencarian yang semakin hilang akibat hutan yang ditebang, tanpa melakukan perbincangan bersama kaum Penan yang mendiami hutan tersebut sejak berabad-abad lamanya. Sehingga hari ini, tiada seorang pun yang diheret ke muka
pengadilan untuk bertanggungjawab ke atas penganiayaan ini. Berikutan implikasi kepada imej negara yang melibatkan hak-hak asasi kaum asal yang perlu dilindungi, saya menggesa supaya langkah segera dilakukan melalui Dewan Rakyat untuk menggesa penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk tujuan menyiasat masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga kecewa apabila melihat bahawa laporan National Task Force tidak diambil kira, dan pihak polis di Sarawak juga mengatakan tidak ada dana untuk membuat penyiasatan. Yang Berhormat Tan Sri Taib Mahmud – Chief
Minister of Sarawak juga menafikan tentang…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, baca dari teks.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Kes eksploitasi seksual ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baca dalam teks sahaja, Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Juga ada beberapa kes yang kita lihat, bahawa ada tangan-tangan yang tidak sengaja…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, baca dalam teks sahaja Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Ya. Itu tambahan sedikit, elaboration sedikit.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Degil, degil.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Jadi atas perkara tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan. Saya minta agar kes ini dibincangkan kerana memandangkan Perdana
Menteri akan pergi ke sana pada 22 hari bulan. Maka seeloknya Perdana Menteri membawa Jawatankuasa Suruhanjaya Diraja ini bersama-sama beliau untuk menyiasat perkara ini, agar ia menunjukkan bahawa ada kesungguhan untuk menangani masalah
ini. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Tuan Yang di-Pertua, boleh kira respons terus Tuan Yang di-Pertua? Boleh respons kepada usul?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ini usul Peraturan Mesyuarat 18(1), Yang Berhormat.
Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Jadi prosedur mana yang perlu kita ini nanti diluangkan?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sekarang ini, saya akan buat selepas ini.
Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Ampang pada hari Isnin, 12 Julai 2010. Teks
Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat;
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu dan ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Berkehendak disegerakan – masalah yang melibatkan dakwaan penderaan wanita dan gadis Penan
merupakan perkara yang serius. Saya telah difahamkan bahawa satu jawatankuasa bertindak peringkat kebangsaan telah pun ditubuhkan untuk menyiasat, serta melaksanakan usaha secara berterusan dalam menangani masalah tersebut secara
holistik. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh yang demikian, perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh itu saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Tuan Speaker, saya rasa kes ini harus dibahaskan kerana kalau dua tahun lepas tidak terdesak, sekarang tidak terdesak, dua tahun akan datang pun tidak terdesak, bila yang akan terdesak? Dan
National Task Force ini memang sudah diberikan tanggungjawab tetapi mereka tidak dapat apa-apa pun hasilnya kerana Kerajaan Negeri Sarawak dan kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional dan juga pihak polis tidak mahu mengambil
tindakan terhadap mereka yang telah menjadi perogol-perogol.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Jadi sampai bila? Sekiranya perogol itu datang daripada Pakatan Rakyat, barulah hendak ambil tindakan?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat. Kita berpandukan kepada peraturan mesyuarat dan itulah keputusan terhadap isu ini.
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Perkara ini haruslah dibahaskan untuk dibentuk Suruhanjaya Diraja, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua pun dari Sarawak juga kan?
Beberapa Ahli: Sabah.
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Sabah, maaf Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak dengar jawapan, tidak dengar huraian tadi. Satu Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan telah pun ditubuhkan.
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Ya. Memandangkan ia gagal..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat hendak suruhanjaya dan satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan…
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Jawatankuasa Bertindak ini gagal untuk membuat tindakan selepas tiga tahun laporan ini keluar sampai sekarang tidak buat apa-apa lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, teruskan, cukuplah, Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Sampaikan kita hendak gadis Penan itu habis di sana, dijahanamkan atau dikorbankan oleh mereka, pembalakpembalak
di Samling, Interhill dan juga …..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, kita dalam Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Ya, tetapi saya ingin memberikan bantahan kepada isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Keputusan saya berdasarkan kepada peraturan tersebut.
Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin [Ampang]: Kenapa tidak dibincangkan dan dibahaskan di Dewan ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat.

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: