• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Anak Nik Aziz sokong Perpaduan Umno, PAS

KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz, semalam bersetuju sekiranya wujud perpaduan di antara PAS dengan UMNO serta menjelaskan pertemuan antara kepemimpinan kedua-dua parti sebelum ini memang sentiasa berlaku.

Beliau berkata, masalah pertemuan antara PAS dan UMNO menjadi sensitif kini sejak wujud pakatan pembangkang kerana boleh menyebabkan berlaku kekeliruan dalam pakatan berkenaan. “Masalah perjumpaan antara UMNO dan PAS ini berlaku sejak dulu lagi, semua orang sudah tahu. Hendak jumpa pemimpin UMNO hari ini dibolehkan kerana dalam Islam tidak ada larangan atau sekatan mengenai perkara itu. “Cuma yang dibimbangkan, pertemuan itu jangan sampai ke peringkat yang boleh membawa kekeliruan hubungan di antara parti dalam pakatan pembangkang.

“Sekiranya demi untuk kepentingan umat Islam, saya sokong sangat dan saya tetap menyokong apa yang pucuk kepemimpinan sokong,” katanya selepas majlis pelancaran Radix Fried Chicken (RFC) yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Bandar Baru Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan pemimpin PAS dengan pemimpin UMNO sebelum ini termasuk perjumpaan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dengan pemimpin UMNO serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berjumpa dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Ditanya sama ada perlu atau tidak perpaduan antara UMNO dan PAS demi menyelamatkan umat Islam sekarang, Nik Abduh berkata, itu kena tanya Nik Aziz dan pemimpin tertinggi parti lain.
“Mengenai perkara itu (perpaduan antara UMNO dan PAS demi menyelamatkan umat Islam), itu kena tanya ayah saya (Nik Aziz),” katanya – Berita Harian 26 Julai 2010

Usul bincang Masalah Eksploitasi Wanita Penan ditolak

Dewan Rakyat 14 Julai 2010 – Usul 18 (1) oleh YB PKR Ampang, YB Zuraida Kamaruddin mengemukakan Usul mengenai PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT MASALAH EKSPLOITASI SEKSUAL WANITA PENAN

Usul sepenting ini ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat. Ada saja alasannya untuk menolak usul.

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, perkara usul menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan Peraturan Mesyuarat 18(2). Dengan ini saya mohon mencadangkan bahawa setelah meneliti laporan oleh Penan Support Group terhadap ‘Konteks Luas Eksploitasi Seksual Kaum Wanita Penan di Baram Tengah dan Ulu Baram, Sarawak’, Satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan untuk segera menyiasat keberkesanan tindakan oleh Kerajaan Negeri
Sarawak dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pihak polis dalam menangani masalah ini, setelah mendapat pengesahan dan laporan jawatankuasa bertindak peringkat kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan
seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak.
Teruskan membaca