• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Perang mulut gegar sidang pertama Parlimen ke 12

Dengan kekuatan pembangkang yang bertambah ke satu tahap tertinggi dalam sejarah Dewan Rakyat, tiga sesi persidangan dalam Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-12 tahun ini telah dipanaskan dengan perang mulut antara penyokong kerajaan dan pembangkang yang dapat ditonton pula oleh rakyat menerusi siaran langsung di televisyen.

Kehangatan Dewan Rakyat itu biasanya dicetuskan oleh beberapa anggota Parlimen ‘otai’ (orang lama) termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading).

Namun, terdapat muka-muka baru yang semakin ‘menyengat’ seperti Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun), Azmin Ali (PKR-Gombak), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang menambah keriuhan dalam gelanggang.

Sebagaimana dahsyatnya tsunami politik yang melanda pada pilihan raya umum Mac lepas, begitulah juga hebatnya “gegaran” di Dewan Rakyat kali ini.

Ekoran pilihan raya itu, komposisi Parlimen mengalami perubahan ketara apabila BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

Daripada 222 kerusi, 140 diwakili BN dan 82 diwakili pembangkang.

Kisah pertikaman lidah antara Karpal Singh dan Datuk Bung Moktar Radin yang memanggil satu sama lain dengan gelaran ‘bigfoot’ dan ‘big monkey’, membuatkan sidang pertama Dewan Rakyat menjadi hangat, bukan sahaja kerana diibaratkan seperti sarkas tetapi turut mencipta sejarah apabila hanya tiga soalan sempat dijawab pada sesi soal jawab lisan.
Teruskan membaca

Mahfuz sangkal Pak Lah

PAS mengangap kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada mensyuarat tertinggi BN kelmarin berkenaan ugutan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) sebagai ‘angkuh’.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar menganggap kenyataan itu menunjukkan bahawa UMNO langsung tidak dapat menerima pandangan berbeza daripada parti-parti komponen BN yang lain.
Teruskan membaca

Enam Tahanan ISA Dibebaskan

Enam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI), dibebaskan baru-baru ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Beliau berkata mereka dibebaskan kerana didapati tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Teruskan membaca

Mekanisma penetapan harga minyak dibawa ke Kabinet

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mekanisma bagi melaksanakan sistem apungan atau harga lantai bagi petrol dan diesel akan dibawa ke kabinet sebelum diputuskan.

Setakat ini, katanya keputusan mengenai mekanisma berkenaan belum diputus lagi walaupun Majlis Ekonomi Negara bermesyuarat di Bangunan Parlimen hari ini.
Teruskan membaca

PAC serah laporan pembelian Eurocopter pada semua Ahli Parlimen

Laporan mengenai cadangan pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar telah diserahkan kepada semua Anggota Parlimen Khamis lepas untuk penilaian mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid.

“Terpulang kepada Anggota Parlimen sama ada untuk membahaskan dan membuat kesimpulan masing-masing.
Teruskan membaca

Kementerian cadang pembeli upah peguam sendiri

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan supaya semua pihak khasnya pembeli rumah mengupah peguam sendiri bagi memastikan perjanjian jual beli mengikut format yang telah ditetapkan.

Menururt Timbalan Menterinya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, tidak dinafikan sesetengah pembeli tidak faham bahasa yang digunakan dalam perjanjian.
Teruskan membaca

Usul tergempar tanah runtuh Bukit Antarabangsa dibahas Dewan Rakyat

Usul tergempar mengenai tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan aspek pembangunan di lereng bukit akan dibahaskan di Dewan Rakyat jam 4.30 petang ini.

Usul yang dikemukakan oleh Mohd. Azmin Ali (KeADILan-Gombak) itu diluluskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini setelah mendapati usul tersebut adalah tertentu, berkepentingan awam dan perlu disegerakan.

Teruskan membaca

Penamaan Calon 6 Januari Dan Pilihan Raya 17 Januari Bagi Kerusi Kuala Terengganu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah pada 6 Januari tahun depan dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 17 Januari.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tarikh writ dan notis ditetapkan dikeluarkan pada 7 dan 21 Dis ini.

Teruskan membaca

Dewan Rakyat: Perbahasan Rang Undang-undang DNA Ditunda

Perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang kini di peringkat jawatankuasa, ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pembentangan beberapa rang undang-undang baru dan penting termasuk Rang Undang-Undang Penubuhan Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Aduan Khas 2007 segera dibincangkan.

Teruskan membaca

Parlimen Hantar Notis Kekosongan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu Kepada SPR

Parlimen sudah menghantar notis kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kembalinya ke rahmatullah penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lepas.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang memaklumkan bahawa notis itu dihantar selepas Dewan Rakyat menerima dokumen rasmi berhubung kematian Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Teruskan membaca