• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Penamaan Calon 6 Januari Dan Pilihan Raya 17 Januari Bagi Kerusi Kuala Terengganu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah pada 6 Januari tahun depan dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 17 Januari.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tarikh writ dan notis ditetapkan dikeluarkan pada 7 dan 21 Dis ini.


“Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan cuaca Jabatan Meteorologikal yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat.

“SPR ada tempoh selama 60 hari sebenarnya untuk mengadakan pilihan raya kecil ini, justeru tidak ada sebab mengapa ia (pilihan raya kecil) harus dipercepatkan selepas mengambil kira faktor cuaca, faktor akhir tahun dan petugas kerana 70 peratus petugas terdiri daripada guru-guru yang sedang bercuti akhir tahun.

“17 Januari ialah tarikh yang sangat sesuai kerana ia memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk melakukan persediaan rapi, khususnya parti-parti yang akan bertanding dalam menentukan calon yang sesuai,” katanya mengumumkan tarikh itu selepas bermesyuarat mengenai perkara tersebut di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail akibat serangan jantung, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, jumaat lepas.

Wan Ahmad berkata, Daftar Pemilih yang akan diguna pakai untuk pilihan raya tersebut ialah Daftar Pemilih yang diperakui dan disahkan semula semalam dan diwartakan hari ini.

Daftar pemilih ini mengandungi 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos dan layak mengundi pada pilihan raya kecil berkenaan, katanya.

Beliau berkata pilihan raya tersebut akan melibatkan 36 pusat mengundi dan 143 saluran mengundi serta 877 petugas di seluruh kawasan pilihan raya itu.

Mesyuarat yang sama juga katanya, telah bersetuju untuk menubuhkan dua pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau dan mengawasi keseluruhan perjalanan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Pasukan berkenaan yang akan diketuai seorang Pegawai Penguatkuasa antara lain melibatkan wakil calon yang bertanding, anggota Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai polis yang berpangkat Inspektor ke atas sebagai anggota.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad memberitahu bahawa Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya manakala enam orang dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus.

Sementara itu, beliau berkata SPR bersetuju membenarkan kehadiran wakil Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) untuk menjalankan pemerhatian dengan syarat yang ditetapkan SPR.

Beliau berkata pemerhati hanya dibenarkan berada di pusat mengundi pada hari pengundian dan mereka sama sekali dilarang memasuki saluran pengundian.

“Undang-undang tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk ke dalam saluran pengundian kecuali petugas pilihan raya, ejen calon, pengundi, anggota SPR dan mereka yang dibenarkan oleh SPR sahaja.

“Kita masih membenarkan Mafrel membuat pemantauan seperti pada pilihan raya umum ke-12, (8 Mac) dan pilihan raya kecil Permatang Pauh, (26 Ogos) tapi syarat tu ketat kerana kita tak mahu urusan perjalanan pilihan raya diganggu kelancaran,” tegas beliau. -Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: