• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pakatan mahu SPR batal larangan pondok panas

Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Malah Pakatan Rakyat juga sebulat suara menolak keputusan suruhanjaya itu semalam kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan adalah tidak munasabah.

“Kita mahu agar SPR tidak melaksanakan larangan yang mereka putuskan itu dan kita mahu sistem pilihan raya dilaksanakan seperti pilihan raya sebelum ini,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, Pakatan Rakyat juga mahu menemui semula SPR Khamis ini – buat kali kedua – bagi membincangkan mengenai larangan tersebut.

“SPR sebelum ini menyatakan bahawa parti-parti politik ini ialah pelanggan mereka, jadi kami sebagai pelanggan, mungkin akan pergi kedai mereka semula.

“Kami cadangkan untuk berjumpa dengan SPR Khamis ini untuk jelaskan semula dan untuk lihat apa sebenarnya perkara-perkara yang dirasakan (SPR) boleh menimbulkan masalah… kami akan berikan hujah-hujah,” kata beliau selepas mengadakan mesyuarat bagi menentukan pendirian Pakatan Rakyat berhubung larangan tersebut di sini hari ini.

Semalam SPR memutuskan supaya semua parti politik tidak lagi dibenarkan mendirikan pondok panas selain dilarang memancing undi pada hari mengundi.
Teruskan membaca

PRK Penanti: Larangan kempen Hari Mengundi dikuatkuasakan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu semua parti politik dan penyokong parti terlibat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata larangan berkempen itu termasuk meraih undi dan mendirikan ’pondok panas’ bagi membolehkan pemilih keluar mengundi dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti – pilihan raya kecil keenam sejak Mac 2008, akan diadakan 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding ketika hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama lapan hari. Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini hari ini.

Katanya tempoh lapan hari berkempen perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti-parti politik tetapi kempen perlu dihentikan pada tengah malam 30 Mei seperti peruntukan undang-undang yang menetapkan kempen dihentikan pada pukul 12 malam menjelang hari mengundi.

“Saya mahu di Penanti ini (larangan) dimulakan, pengundi keluar dengan aman dari rumah dan tidak ada orang mengganggu pengundi, dan jika boleh, kita mahu ia dijadikan budaya dalam pilihan raya yang lain selepas ini.

“Dan tidak ada ’pondok panas’ sebab ia adalah tempat untuk semak saluran dan tempat mengundi yang sebenarnya SPR telah sediakan kemudahan itu. Untuk tujuan ini, kita akan menambah kaunter semakan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh pilihan raya bagi DUN Penanti, di sini hari ini.

Pemimpin Berwatak Malaysia

“SAYA akan ukur baju dulu,” itulah yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, SALAHUDDIN AYUB ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan Pas pada Jun ini.

Bagi beliau perjuangan mempersadakan Pemuda Pas yang kini tidak lagi dilihat satu kelompok asing yang jumud dan ekstrem serta hanya menjadi pendesak sahaja merupakan antara kejayaan peribadi yang dibanggakan sepanjang enam tahun memegang jawatan tersebut. Salahuddin juga yakin dan percaya pasukan yang ditinggalkan ini akan mencipta satu kejayaan yang lebih baik dari era yang ada dan sudah tentu mereka akan mencipta dan menerokai banyak bidang-bidang baru dalam pendekatan politik dan dakwah yang menjadi wadah perjuangan mereka selama ini.

Dalam pertemuan dengan Salahuddin yang berlangsung di pejabat pentadbiran lidah rasmi Pas Harakah, wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSEIN dan HAFIZAHRIL HAMID turut mencungkil apakah bentuk kepimpinan yang harus dimiliki oleh Pas sekarang.

Bagi beliau, Pas memerlukan barisan kepimpinan yang progresif, mempunyai pemikiran yang kontemporari dan bersedia untuk berhadapan dengan apa jua bentuk cabaran.

“Pas perlu bergerak kehadapan dan perlu mencipta pemimpin yang berwatak Malaysia. Pas perlu menyediakan kepimpinan yang mampu memimpin negara untuk pilihan raya akan datang,” katanya.
Teruskan membaca

Komen Dr M tidak relevan – Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menganggap pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak menjadi menteri sebagai tidak relevan.

Katanya, beliau tidak sedikit pun terganggu dengan komen yang diberikan itu dan tidak mahu ambil kisah mengenai isu berkenaan.

“Lihat pada saya sekarang, adakah saya kisah atau terganggu dengan perkara itu.., tak berbaloi komen mengenai isu ini. Dia orang tua, apa difikirkannya tidak lagi relevan, biarkan dia bercakap.

“Kalau anda semua (wartawan) nak layan, terpulang kepada anda, tapi pada jam 12.35 tengah hari ini (semalam), saya masih lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia orang tua, biarlah dia,” katanya pada sidang media, di Bangunan Parlimen, semalam.
Teruskan membaca

SPRM tidak dakwa Fairus

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

“Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.
Teruskan membaca

Gobind pohon deklarasi gantung dari Parlimen tidak sah

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon deklarasi bahawa perintah penggantungannya sebagai anggota Parlimen selama 12 bulan berkuatkuasa 16 Mac lepas, adalah batal dan tidak sah kerana melanggar peruntukan di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Gobind memfailkan saman pemula itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini pukul 12 tengah hari, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Dalam saman itu beliau menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam saman itu Gobind juga memfailkan perakuan segera supaya kesnya didengar secepat mungkin kerana sidang Dewan Rakyat penggal kedua akan bermula 16 Jun ini, bagi membolehkan beliau menghadiri sidang itu.

Gobind juga memohon deklarasi supaya surat bertarikh 18 Mac 2009 yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah iaitu perintah penggantungan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan perintah ketidaklayakan beliau kepada semua elaun dan kemudahan sebagai Ahli Parlimen, sebagai batal dan tidak sah kerana perintah itu tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Gobind, 36, yang hadir bersama bapanya, Karpal Singh, juga memohon deklarasi bahawa beliau berhak kepada elaun dan kemudahan lain di bawah Perkara 64, Perlembagan Persekutuan berikutan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
Teruskan membaca

Pakatan Rakyat tolak cadangan SPR hadkan penyokong parti

Pakatan Rakyat menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mengehadkan parti-parti politik daripada membawa penyokong yang terlalu ramai pada hari penamaan calon dan hari pengundian.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi nyata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut serta menyifatkan langkah mengehadkan kehadiran jumlah penyokong calon-calon yang bertanding adalah tidak praktikal.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, syor sedemikian adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana sesebuah parti politik yang terlibat juga sukar untuk menyekat kahadiran ahli dan penyokong mereka.

“Bagi pihak PAS kami tidak nampak langkah yang disyorkan itu adalah sesuatu yang praktikal.

“Susah bagi kita nak mengawal kehadiran orang awam pada hari penamaan calon ataupun hari pengundian,” katanya.

Jumaat lalu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, mesyuarat Rabu ini turut akan mencari penyelesaian bagi mengelakkan kehadiran ramai penyokong di pusat pengundian hingga menyukarkan pihak polis untuk mengawal keselamatan orang ramai.
Teruskan membaca

Fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dipindah ke Lapan Kementerian lain

Semua fungsi dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, akan diserapkan ke lapan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memastikan peranan utama MeCD sebelum ini terus diberi penekanan, terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan serta perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan pembabitan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam, berkata fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut dipindahkan ke kementerian itu ialah Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia, manakala Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Teruskan membaca

10 ADUN Terengganu ‘boikot’ Sidang Dewan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) bersama beberapa ADUN ketika mengadakan sidang media berhubung ugutan yang mereka terima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. Beberapa ADUN dari BN bertindak tidak menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini apabila mendapati keselamatan mereka tidak terjamin berikutan ugutan yang diterima. -- foto BERNAMA

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) bersama beberapa ADUN ketika mengadakan sidang media berhubung ugutan yang mereka terima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. Beberapa ADUN dari BN bertindak tidak menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini apabila mendapati keselamatan mereka tidak terjamin berikutan ugutan yang diterima. -- foto BERNAMA

Berita lanjut dalam 10 ADUN Boikot sidang.

Senarai Penuh Kabinet Najib (2009)

Datuk Seri Najib Razak memegang potfolio Menteri Kewangan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang turut menjadi Menteri Pelajaran.

Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi pula bertukar potfolio sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri.

Datuk Mohd Shafie Apdal pula pula sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini:
Teruskan membaca