• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pakatan mahu SPR batal larangan pondok panas

Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Malah Pakatan Rakyat juga sebulat suara menolak keputusan suruhanjaya itu semalam kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan adalah tidak munasabah.

“Kita mahu agar SPR tidak melaksanakan larangan yang mereka putuskan itu dan kita mahu sistem pilihan raya dilaksanakan seperti pilihan raya sebelum ini,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, Pakatan Rakyat juga mahu menemui semula SPR Khamis ini – buat kali kedua – bagi membincangkan mengenai larangan tersebut.

“SPR sebelum ini menyatakan bahawa parti-parti politik ini ialah pelanggan mereka, jadi kami sebagai pelanggan, mungkin akan pergi kedai mereka semula.

“Kami cadangkan untuk berjumpa dengan SPR Khamis ini untuk jelaskan semula dan untuk lihat apa sebenarnya perkara-perkara yang dirasakan (SPR) boleh menimbulkan masalah… kami akan berikan hujah-hujah,” kata beliau selepas mengadakan mesyuarat bagi menentukan pendirian Pakatan Rakyat berhubung larangan tersebut di sini hari ini.

Semalam SPR memutuskan supaya semua parti politik tidak lagi dibenarkan mendirikan pondok panas selain dilarang memancing undi pada hari mengundi.
Teruskan membaca

“Beliau diundang oleh Imam Masjid simpang untuk berucap”, Kata Nizar

Calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau “tidak merampas” kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang di sini anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

“Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu… saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

“Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu… ketika takzirah… jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam,” kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.

Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

“Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid… apa terjadi selepas itu saya tidak tahu,” katanya.

Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin YassinPresidennya,
Teruskan membaca

Perkataan ‘Allah’ boleh digunakan agama lain

Dimaksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan

KOTA BHARU – Perkataan ‘Allah’ boleh digunakan oleh masyarakat agama lain kerana di zaman jahiliah mereka menggunakan perkataan itu yang di maksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu terserah kepada Kerajaan Pusat membuat keputusan kerana beliau enggan mencampurinya dan enggan memberikan komen lanjut.
Teruskan membaca

Anwar kecam sikap biadap

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadap dan ganas yang dilakukan Pemuda Umno terhadap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Pintu lif Blok Utara (Menara), perkarangan Banguna Parlimen semalam.

Bergaduh, saling tuduh menuduh antara Ahli Parlimen dengan Pemuda Umno...

Bergaduh, saling tuduh menuduh antara Ahli Parlimen dengan Pemuda Umno...

Beliau berkata adalah tidak wajar menjadikan keganasan dengan mengugut Ahli Parlimen kerana sebagai satu permulaan dikhuatiri budaya tersebut akan berkembang jika tidak ditangani segera.

“Kita tidak boleh mengizinkan budaya keras dan biadap mengugut Ahli-Ahli Parlimen dilakukan sewenang-wenangnya apatah lagi di kawasan Parlimen.

“Ini merupakan kemuncak kebiadapan, Hari ini mereka rasa giliran Ahli Parlimen Bukit Gelugor, kita tidak tahu mungkin esok hari kita,” kata beliau pada sidang media di Lobi Parlimen.